fbpx Skip to main content

Tiap kali lepas angkat barang berat, mesti akan rasa sakit di bahagian bahu dan belakang badan. Angkat dua tiga kotak berat, terus rasa kebas atas belakang. Kadang sampai rasa sukar bernafas pun ada. Antara kemungkinan yang anda hadapi adalah sakit belikat.

Kecederaan di Tulang Scapula

Sakit di Tulang ‘Sayap’

Apa itu sakit belikat? Tulang belikat atau skapula merupakan tulang yang berada di bahagian atas belakang badan dan menyambungkan humerus (tulang pangkal lengan) dengan tulang selangka. Jadi, bagaimana sakit belikat wujud?Jom lihat punca-punca terjadinya sakit belikat!

1. Ketegangan Otot

Sakit Belikat Disebabkan Ketegangan Otot

Sukan tennis sebagai contoh

Ketegangan otot di sekeliling tulang belikat boleh berlaku disebabkan oleh aktiviti yang melibatkan pergerakan lengan yang berulang atau mengangkat objek berat. Anda akan mengalami kekejangan atau sakit otot. Rehat dan senaman regangan yang betul boleh dibuat untuk pemulihan sakit belikat.

2. Postur Yang Buruk

Postur Lemah Menyebabkan Sakit Belikat

Kesalahan postur ketika menggunakan peranti

Postur yang buruk, terutamanya semasa duduk di meja atau menggunakan peranti elektronik untuk tempoh yang lama, boleh menyebabkan ketidakseimbangan otot dan ketegangan pada otot belikat. Dari masa ke masa, postur yang lemah boleh menyumbang kepada kesakitan kronik. Meningkatkan ergonomik, mengamalkan tabiat postur yang baik, dan melakukan senaman untuk menguatkan otot belakang dan leher atas boleh membantu mengurangkan kesakitan.

3. Kecederaan Rotator Cuff

Sakit Belikat Disebabkan Oleh Kecederaan Rotator Cuff

Kecederaan pada sendi bahu

Rotator cuff terdiri daripada otot dan tendon yang menyokong sendi bahu. Kecederaan atau keradangan di kawasan ini boleh menyebabkan sakit belikat. Kecederaan rotator cuff mungkin disebabkan oleh pergerakan berulang, trauma atau degenerasi yang berkaitan dengan usia. Kesakitan sering dirasai semasa pergerakan lengan, dan kelemahan mungkin mengiringi ketidakselesaan.

Jika anda sedang alami masalah ini dan inginkan penyelesaian yang selamat dan berkesan, kami syorkan anda untuk mendapatkan rawatan fisioterapi!

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada sakit belikat, Flex Physiotherapy juga boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Strok
  • Slip Disc/Sakit Belakang
  • Sakit Kaki/Tapak Kaki
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak