Whiplash adalah kecederaan leher yang disebabkan oleh pergerakan leher (belakang-depan) yang cepat dan kuat. Biasanya Whiplash berlaku ketika kemalangan dari bahagian belakang kenderaan (rear-end accident)., tetapi kecederaan ini juga boleh berlaku kepada orang yang aktif bersukan seperti bola sepak atau ragbi, penderaan fizikal atau trauma lain. Daya hentakan kuat yang berlaku dengan tiba-tiba akan mengoyakkan dan meregangkan otot dan tendon pada leher.
Tanda dan gejala yang biasa dialami termasuklah sakit leher, ketegangan dan sakit kepala. Kebanyakan orang yang mengalami whiplash ini sembuh dalam masa beberapa minggu dengan mengikut perancangan rawatan iaitu ubat dan senaman. Namun, sesetangah orang mengalami sakit leher yang teruk dan komplikasi pada jangka masa yang panjang.
Whiplash juga dikenali sebagai leher terkehel. Leher tegang dan leher terkehel adalah dua benda yang berbeza. Kalau ketegangan leher disebabkan oleh otot atau tendon (tisu yang menghubungkan otot ke tulang). Kalau terkehel leher adalah disebabkan oleh koyak pada ligament (tissue yang menghubungkan antara tulang dengan tulang)
Walaubagaimanapun, perbezaan antara dua istilah ini sebenarnya tidak menjadi masalah kepada anda. Punca, simptom dan rawatan untuk kedua-dua maslaah ini kebiasaannya adalah sama.
Punca Kecederaan Whiplash
Gejala-gejala whiplash kadang-kadang terjadi dengan segera selepas kemalangan, tetapi ada sesetangah orang mengambil masa beberapa jam atau hari selepas kemalangan. Sekiranya tidak dirawat, gejala boleh bertambah buruk pada hari-hari selepas kecederaan. Antaranya adalah:
- Sakit, kurang julat pergerakan leher dan tegang pada leher. Otot di sekitar leher terasa keras.
- Sakit bertambah apabila memusingkan kepala ke sisi ataupun pergerakan depan dan belakang.
- Sakit ataupun kekakuan apabila kepala berpusing melihat bahu.
- Tenderness
- Sakit kepala di bahagian bawah kepala kemudian merebak sehingga ke bahagian hadapan kepala.
- Hentakan yang menyebabkan ketegangan leher kadangkala boleh menyebakan gegaran. Oleh kerana gegaran merupakan sesuatu yang serius, anda perlu berjumpa doktor dengan segera. Anda memerlukan rawatan yang segera jika mempunyai sakit kepala yang teruk dan berpanjangan, lemah atau masalah bercakap, kesukaran menumpukan atau mengingati, pening, loya, gangguan tidur dan keletihan ataupun tidak sedarkan diri
Gejala-gejala yang berkaitan dengan whiplash boleh bertambah buruk melalui postur berkekalan seperti membaca, memandu, duduk di komputer, menggunakan telefon bimbit, atau menonton TV.
Rawatan Whiplash
- Letakkan ais di leher dengan secepat yang mungkin selepas kemalangan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Lakukan selama 15 minit setiap 3-4 jam selam 2-3 hari. Balut ais dengan tuala kecil untuk mengelakkan kecederaan (ice burn) pada kulit
- Makan ubat tahan sakit abapila perlu sahaja dan mengikut nasihat doktor.
- Pakai sokongan leher seperti brace ataupun kolar jika dinasihatkan oleh doktor. Namun, ia tidak digalakkan pakai dalam jangka masa yang lama kerana ia boleh melemahkan otot di sekitar leher
- Letakkan tuala panas di leher tetapi 2-3 hari selepas anda menggunakan ais. Gunakan rawatan yang panas pada leher hanya selepas bengkak hilang.
- Rawatan lain yang boleh dilakukan seperti ultrasound dan urutan juga boleh membantu.
Bagaimanakah saya Boleh Mencegah Whiplash?
Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Ianya sudah tentu sekali. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan sebarang kemungkinan:
- Latihan kekuatan untuk memastikan otot leher kuat dan lentur, terutama jika anda mempunyai ketegangan leher sebelum ini.
- Orang yang duduk dalam kedudukan yang sama sepanjang hari, seperti pekerja pejabat, harus mengambil rehat secara teratur untuk meregangkan dan membuat senaman leher mereka.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.