fbpx Skip to main content

Sakit lutut boleh terjadi kepada semua orang, termasuklah guru. Antara golongan guru yang paling terjejas adalah guru yang sudah berusia, iaitu mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Tugasan utama guru adalah mengajar di sekolah dan perkara ini menyebabkan mereka tidak sedar bahawa rutin seharian mereka di sekolah sebenarnya telah memberikan kesan kepada kesihatan lutut mereka.

Selain berdiri semasa mengajar, sakit lutut juga dirasai oleh guru ketika naik turun tangga untuk ke kelas

Jom kenali 5 punca utama sakit lutut dalam kalangan guru!

1. Berdiri Lama

Berdiri lama faktor berlakunya sakit lututGuru kerap berdiri semasa mengajar, terutama untuk subjek yang memerlukan banyak demonstrasi atau pengawasan pelajar. Jadi, tekanan berterusan pada sendi lutut telah berlaku dan boleh menyebabkan kehausan rawan dan sakit sendi pada lutut mereka.

2. Kurang Senaman Penyebab Sakit Lutut

Sakit lutut disebabkan oleh kurang senamanKebanyakan guru mungkin kurang bersenam disebabkan oleh kekangan masa. Sedangkan salah satu cara untuk meningkatkan kekuatan dan kestabilan otot adalah dengan bersenam. Maka, perkara ini boleh melemahkan lagi sokongan kepada sendi lutut mereka.

3. Masalah Berat Badan

Berat badan berlebihan juga boleh memberi tekanan tambahan pada sendi lutut, kerana lutut terpaksa menampung lebih banyak beban setiap kali berdiri atau berjalan. Ini meningkatkan risiko kerosakan pada tulang rawan dan menyebabkan kesakitan yang semakin teruk, terutama ketika naik atau turun tangga.

4. Faktor Usia dan Kecederaan Lama

Kebanyakan guru berusia, kehausan rawan lutut akan terjadi secara semula jadi atas faktor usia yang sudah meningkat. Selain itu, kecederaan lama pada lutut yang berlaku secara berulang juga boleh menjadi punca kepada terjadinya sakit lutut.

5. Pergerakan Berulang

Pergerakan berulang penyebab sakit lututWalaupun guru memerlukan pergerakan senaman untuk meningkat kekuatan otot, tapi pergerakan seperti berjalan dari satu kelas ke kelas lain atau naik turun tangga yang dilakukan secara berulang kali juga boleh meningkatkan risiko ketegangan pada sendi lutut, terutama jika dilakukan tanpa rehat yang mencukupi.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain sakit lutut, Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc/Sakit Belakang
  • Sakit Kaki/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-Kanak