Umur takde lah cecah 30-an lagi, tapi kenapa sakit lutut dah mula menyerang? Nak berjalan susah, nak naik turun tangga sambil mengeluh, nak solat lagi tak boleh fokus punya. Semuanya sebab sakit lutut!
Menurut satu kajian dianggarkan 9.3% warga Malaysia dewasa menghidapi sakit lutut dan lebih daripada separuh yang diperiksa mempunyai simptom osteoarthritis. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Adakah anda tergolong dalam kalangan ini?
Mari lihat punca-punca yang menyebabkan sakit lutut di usia muda!
1. Obesiti Punca Utama Sakit Lutut
Berat badan yang berlebihan memberikan tekanan pada sendi lutut, terutamanya struktur penahan berat seperti tulang rawan. Tulang rawan akan jadi cepat haus dan lusuh, dan seterusnya membawa kepada radang sendi lutut. Menurunkan berat badan melalui pemakanan sihat dan senaman yang kerap boleh membantu mengurangkan tekanan pada lutut.
2. Pemilihan Kasut Yang Salah
Memakai kasut tanpa sokongan yang betul boleh menyumbang kepada sakit lutut. Kasut yang tidak sesuai boleh menjejaskan penjajaran anggota bawah, yang boleh menegangkan sendi lutut. Penggunaan kasut bertumit tinggi secara kerap boleh mengubah pengagihan berat pada kaki dan boleh menjejaskan biomekanik berjalan serta timbulnya ketidakselesaan dari semasa ke semasa.
3. Aktiviti Berimpak Tinggi
Melibatkan diri dalam aktiviti yang memberi tekanan pada lutut, seperti berlari di atas permukaan yang keras atau menyertai sukan dengan kerap melompat, boleh menyumbang kepada kecederaan lutut yang berlebihan. Mengangkat terlalu banyak beban semasa latihan juga boleh menegangkan sendi lutut dan struktur sekeliling. Teknik yang betul dan intensiti yang meningkat secara beransur-ansur adalah penting untuk mencegah kecederaan semasa aktiviti fizikal berimpak tinggi.
4. Gaya Hidup Tidak Aktif
Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot lemah dan mengurangkan fleksibiliti. Otot memainkan peranan penting dalam menyokong sendi lutut. Apabila otot menjadi lemah atau tidak seimbang, ia boleh membawa kepada mekanik sendi yang tidak betul dan peningkatan risiko kecederaan.
5. Postur Yang Buruk
Mengekalkan postur yang lemah, terutamanya semasa aktiviti seperti duduk di meja untuk tempoh yang lama, boleh menyebabkan tulang belakang dan anggota bawah menjadi tidak selaras. Ketidakselarasan ini boleh menyumbang kepada sakit lutut dari masa ke masa. Pentingnya regangan untuk mengelak otot menjadi tegang dan meningkatkan fleksibiliti sendi.
Sudah lama menderita sakit lutut? Dah cuba pelbagai cara tapi tak berhasil? Anda perlu cuba ikhtiar yang paling selamat, efektif, dan berkesan iaitu melalui rawatan fisioterapi!
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada sakit lutut, Flex Physiotherapy juga boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Strok
- Slip Disc/Sakit Belakang
- Sakit Kaki/Tapak Kaki
- Kebas Tangan/Bahu
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-kanak