Orang kita kalau ada masalah sakit lutut sikit jarang la nak ambil kisah kan? Selagi boleh tahan sakit tu, selagi tu la tak nak pergi berubat.
Kiranya macam pilihan akhir lah kan pergi jumpa doktor atau rujuk pakar berkaitan. Tu pun sebab dah tak mampu nak tahan sakit sangat. Kalau tak, memang tak nak jumpa la kan? Tak cakap kat korang, yang menulis ni pun sama je.
Tapi korang jangan ambil mudah kalau ada mengalami masalah sakit lutut. Takut nanti masalah korang jadi makin teruk.
Daripada boleh jalan, jadi tak boleh jalan, daripada elok berdiri. Jadi tak boleh nak berdiri lama atau makin teruknya tidak boleh nak buat aktiviti kerja seharian. Haaa kalau korang ada mengalami masalah sakit lutut. Jom cek penulisan di bawah
JENIS SAKIT LUTUT KORANG KENA TAHU DAN KENAPA BOLEH JADI KRONIK?
-
OSTEOARTHRITIS
Seperti yang kita sedia maklum pada artikel-artikel sebelumnya, osteoarthritis merupakan masalah sendi lutut yang semakin haus. Masalah ini berlaku disebabkan kurangnya mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Mineral berkenaan pula berfungsi untuk menghasilkan kalsium dan kalium bagi ketahanan lutut dan tulang. Oleh itu, ianya penting bagi memastikan sendi kita kekal sihat.
-
DISKOLASI SENDI
Dislokasi lutut adalah keadaan kecemasan dalam perubatan ortopedik. Dislokasi lutut selalunya disebabkan oleh tamparan yang sangat kuat ke lutut.
Ia berlaku apabila kaki yang berada di bawah lutut saat kecederaan berlaku terpindah ke tepi. Pergerakan ini bukan sahaja meregang atau mengoyakkan ligamen tetapi juga arteri dan saraf.
Kecederaan arteri yang tidak dirawat akan menyebabkan kaki tanpa bekalan darah. Jika peredaran tidak dipulihkan, amputasi mungkin diperlukan.
-
KECEDERAAN SUKAN/ ACL
Punca sakit lutut juga biasa terjadi akibat daripada kecederaan semasa bersukan atau kemalangan. Haaa yang ni tak pelik lah kan?
Biasanya, kecederaan ini selalu dikaitkan dengan patah tulang, jatuh, dan boleh jadi putus ACL. Uishhh gerun dengarnya kan? Ye memang gerun juga lah, kerana kecederaan berkenaan mampu mengakibatkan luka dan lebam pada bahagian lutut korang. Lama-kelamaan ia mampu menyebab sakit yang lebih kronik sekiranya tidak dirawat dengan lebih awal.
Dan perasan tak korang akan mudah mengalami sakit secara tiba-tiba seperti keadaan cuaca sejuk dan sebagainya.
-
PATAH TULANG
Yang ni sifirnya mudah sahaja. Jika berlaku retak atau patah pada sesuatu tulang, sudah pasti ia tak mampu nak tanggung beban atau tekanan yang dihadapi. Kenapa patah perlu diambil berat?
Pada awalnya kita mungkin merasa bengkak dan sakit di bahagian anggota yang terlibat.
Namun jika dibiarkan tanpa pemeriksaan dan rawatan ia boleh menyebabkan hilang fungsi anggota atau dengan kata mudahnya berlaku kecacatan pada anggota terlibat.
RAWATAN YANG BOLEH DIAMALKAN BAGI SAKIT LUTUT.
-
R.I.C.E
Amal prinsip ini bagi mengurangkan atau melegakan sakit korang akibat kecederaan ataupun seliuh. Apa itu RICE? Haaa bukan nasi ye
R= REST
Rehat. Rehatkan diri anda daripada bersukan atau bergerak aktif sekiranya berlaku kecederaan. Dalam kes ini, korang perlu kekal di tempat terlibat dan cari kedudukan yang selesa dan kurangkan pergerakkan di bahagian yang cedera bagi berlakunya kecederaan yang lebih teruk.
I= ICE
Seterusnys korang boleh melakukan tuaman menggunakan ais. Ia membantu mengecutkan salur darah yang boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak.
C= COMPRESSION
Compress bermaksud memberi tekanan. Jangan salah faham pula dengan memberi tekanan ini. Ini bermaksud kita memberi tuaman dengan balutan ke atas bahagian yang cedera.
Kaedah ini dapat mengurangkan bengkak dan memberi sokongan kepada bahagian yang tercedera. Tapi korang kena hati-hati, pastikan balutan itu, tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
E= ELAVATION
Meninggikan bahagian yang tercedera. Sekiranya korang mengalami sebarang kecederaan, korang boleh mengangkat bahagian tercedera sedikit tinggi dari paras jantung.
Kerana ia mampu mengurangkan bengkak. Dan anda dinasihatkan untuk melakukan teknik sekerap yang mungkin.
-
BERSENAM
Kenapa perlu bersenam pula kan? Orang dah sakit-sakit ni? suruh buat aktiviti pula?
Haaa ini yang korang kena tahu, senaman sebenarnya membantu untuk meningkatkan ketahanan dan regangan badan anda. Tapi perlu diingat, bersenam mengikut kemampuan. Jangan dilakukan secara berlebihan kerana ia boleh memudaratkan diri.
-
KURANGKAN BERAT BADAN
Walaupun pahit untuk ditelan. Yess masalah obesiti antara penyumbang masalah lutut. Ini kerana bebanan dan tekanan yang diberikan boleh memberi kesan kepada sistem lutut. Dan untuk kesan jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan lutut kita menjadi haus dan sebagainya.
-
RAWATAN FISIOTERAPI BAGI SAKIT LUTUT
Dapatkan nasihat daripada pakar dan fisioterapis sekiranya keadaan menjadi semakin teruk. Bagaiamana fisioterapi boleh membantu?
Secara mudah penulis bagitahu, fisioterapi menggunakan konsep rawatan manual terapi dan elektroterapi yang mampu membantu mengembalikan fungsi badan anda.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.