fbpx Skip to main content

Musim kenduri,makcik-makcik tua semua sakit lutut. Adakah anda tahu punca sakit lutut dan cara rawatan?

Osteoarthritis (OA) sendi ialah arthritis yang paling kerap dihidapi, ia penyakit yang menyebabkan radang(sakit) di antara sendi seperti di lutut, di tulang belakang dan di pinggul.

Apa yang berlaku pada sendi osteoarthritis (OA)?

Ia terjadi kerana kekurangan bendalir synovia untuk melicinkan hujung-hujung tulang bergerak di sendi yang membekalkan nutrient kepada rawan articular yang meliputi hujung-hujung tulang maka tulang akan bergeser antara satu lain.

Geseran itu akan membuat lapisan semakin nipis dan lusuh pada akhirnya menimbulkan kesakitan yang teruk.

Simptom apakah yang akan dialami oleh penghidap lutut osteoarthritis?

  1. Pesakit mengadu rasa sakit,sengal dan ngilu pada sendi khususnya pada cuaca sejuk dan lembap
  2. Otot semakin mengecil.
  3. Mengeluarkan bunyi krepitus(retak) terutamanya di lutut.
  4. Bengkak dan radang di sendi.
  5. Sendi yang sakit menjadi kemerah-merahan.
  6. Pergerakan yang terbatas menyebabkan hidup yang kurang berkualiti dengan kefungsian yang tidak optimum.

Prevalen dan punca

  1. Kecederaan : bersukan,mengangkat benda berat, pergerakan berlebihan
  2. Proses Penuaan (Usia) : cartilage menipis, kepadatan otot berkurang
  3. Kemalangan : mencederakan otot dan sendi, perubahan mekanikal pada sendi (patah/ dislokasi sendi)
  4. Obesiti : memberi tekanan kepada sendi

Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan ke atas lutut osteoarthritis?

Kaedah PRICE seperti berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi:

  1. Protection – Gunakan alat bantuan berjalan seperti tongkat bagi mengurangkan beban pada lutut yang terlibat.
  2. Rest – Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya ke atas lutut seperti berdiri lama, menaiki tangga dan mencangkung.
  3. Ice – Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Ini akan melancarkan pergerakan sendi serta membantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.
  4. Compression – Teknik elastic bandage akan dapat meningkatkan sistem pengaliran darah.
  5. Elevation – Keradangan pada sendi akan dapat dikurangkan dengan meletakkan kaki tinggi dari paras jantung.

Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas osteoarthritis (OA) lutut?

  1. Modaliti untuk mengurangkan sakit – Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit meningkatkan pengaliran darah yang lancar
  2. Senaman – Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot. Pada permulaannya, senaman jenis unloading akan diajar bagi mengurangkan kesan trauma ke atas sendi lutut.
  3. Latihan keseimbangan – Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stability badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan.
  4. Penjagaan sendi– Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.
  5. Nasihat kepada pesakit
    1. Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.
    2. Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply