Antaranya, mungkin disebabkan oleh faktor trauma sama ada disebabkan oleh sukan, eksiden, jatuh dan lain- lain ataupun masalah arthritis, gout dan jangkitan kuman pada sendi lutut juga boleh juga menyebabkan sakit lutut.
Punca Sakit Lutut
1. Kecederaan Lutut
Kecederaan pada lutut boleh berlaku sewaktu melakukan aktiviti sukan atau disebabkan oleh kemalangan. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan kecederaan pada ligament, tendon dan juga pada struktur yang terletak pada sendi bahagian lutut.
Antara yang merupakan kecederaan yang kerap dialami apabila terlibat dalam sukan atau incident yang melibatkan pada bahagian lutut :
- Kecederaan “anterior cruciate ligament (ACL)”. ACL merupakan salah satu ligament yang menyambungkan tulang peha dan tulang betis. Kecederaan ACL ini kerap berlaku di dalam sukan dimana ia boleh berlaku sewaktu twisting,landing atau tukar arah.
- Tulang patah atau retak. Tulang lutut termasuk juga tempurung lutut yang mengalami keretakan ketika berlakunya kemalangan jalan raya.
- Koyakan pada tisu meniscus. Tisu ini adalah tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi. Tisu ini juga boleh mengalami koyakkan ketika melakukan aktiviti sukan.
- Keradangan tendon. Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut. Kesannya, keradangan akan berlaku pada tendon dan akan menyebabkan kesakitan pada lutut.
2. Masalah Mekanikal
Berikut merupakan beberapa jenis masalah mekanikal yang boleh menyebabkan sakit lutut berlaku:
- ‘Patella Dislocation’ atau tempurung lutut terkeluar daripada lokasinya.
- Obesiti atau berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tekanan yang tinggi pada lutut dan ia akan meningkatkan lagi kebarangkalian kecederaan.
3. Radang Sendi (Arthritis)
Pelbagai jenis ‘arthritis’ yang boleh menyebabkan lutut menjadi sakit. Antaranya seperti:
- Osteoarthritis – Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, cecair synovial akan menjadi semakin berkurangan dan tisu rawan pada lutut juga semakin terhakis. Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan.
- Rheumatoid arthritis
- Gout
- Septic arthritis – Disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sendi tersebut.
4. Gaya Hidup
- Obesiti atau berat badan berlebihan
- Kurang bersenam: Kurang aktif akan menyebabkan bahagian otot tidak kuat dan ia akan menyebabkan kecederaan untuk berlaku dengan lebih mudah.
- Beberapa jenis sukan berisiko: Terdapat beberapa jenis sukan tertentu yang membawa kepada risiko kecederaan lutut iaitu seperti futsal, bola sepak, bola keranjang dan beberapa jenis sukan yang lain.
- Mempunyai sejarah kecederaan lutut: Risiko untuk mendapat kecederaan lutut adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah kecederaan lutut pada masa lalu
Simptom-Simptom Sakit Lutut
- Bengkak dan kaku pada sendi
- Kemerahan dan kehangatan/panas apabila disentuh
- Bunyi ‘pop’ pada sendi lutut
- Ketidakupayaan untuk meluruskan lutut sepenuhnya
- Tidak boleh menanggung berat badan pada lutut atau merasa seolah-olah lutut tidak stabil
- Kekurangan julat pergerakan sendi lutut
- Kecacatan jelas di kaki atau lutut
- Sakit lutut yang teruk apabila berlaku kecederaan
Rawatan Fisioterapi
Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di Flex Physiotherapy adalah fisioterapis akan menggunakan 2 kaedah iaitu guna alat modalitis atau terapi manual seperti berikut:
- Myofascia Release / Soft Tissue Manipulation
- Joint Mobilization
- Mobilization With Movement
- Mulligan Technique
- Manual Traction
- Senaman regangan
- Latihan menguatkan semula otot yang terlibat.
- senaman dan latihan keseimbangan dan ‘agility’
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.