Sakit pinggang kiri sering berlaku di dalam masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang berumur. Walau bagaimanapun, ianya sering kali dianggap remeh dan diabaikan.
Sebenarnya, sakit pinggang haruslah dirawat awal untuk mengelakkan sebarang implikasi buruk yang berkemungkinan berlaku pada masa hadapan.
Artikel ini akan menerangkan tentang punca-punca yang menyebabkan terjadinya sakit pinggang serta kaedah-kaedah rawatan yang anda boleh ikuti.
8 Punca Sakit Pinggang
Pada bahagian ini, kami akan menerangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan sakit pinggang sebelah kiri.
- Ketegangan Otot
Ketegangan otot sering berlaku apabila melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang berlebihan ataupun melakukan banyak gerakan badan.
Sebagai contoh, sekiranya kita melakukan senaman berat di mana fokusnya pada bahagian punggung, otot dan urat di bahagian tersebut akan tertarik dan menjadi tegang.
- Nyeri Punggung
Selain itu, nyeri punggung sering terjadi apabila saraf yang menghubungkan saraf tulang belakang dan saraf bahagian badan daripada pangkal peha ke tapak kaki tertekan.
Ianya terjadi akibat saraf tulang belakang bergesel ataupun kerosakan tulang punggung yang mengakibatkan saraf menjadi sempit.
Antara salah satu ciri nyeri punggung adalah berasa kebas dari bahagian pinggang kiri atau kanan ke bahagian kaki.
- Masalah buah pinggang
Kebiasaannya pesakit akan berasa sakit pada bahagian tulang rusuk paling bawah dan di bahagian punggung.
- Kecederaan Fizikal
Seterusnya, kecederaan fizikal juga merupakan salah satu faktor terjadinya sakit pinggang.
Perkara ini selalunya terjadi apabila otot di bahagian pinggang kiri mengalami kerosakan ataupun tulang punggung telah patah.
Bagi kaum wanita pula, sakit pinggang pada bahagian kiri boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti kehamilan, Ovarian Cyst, dan endometriosis.
- Spinal stenosis
Spinal stenosis terhasil akibat penyempitan tulang yang menyebabkan saraf tulang belakang tertekan.
Kesannya adalah pesakit akan berasa kebas dan mengalami kekejangan.
Bukan itu sahaja, perkara ini selalunya akan bertambah teruk apabila berdiri atau ketika berjalan.
Di antara sebab utama spinal stenosis berlaku adalah faktor penuaan.
- Masalah Tulang
Penyempitan tulang belakang juga boleh menyebabkan seseorang berasa sakit pada bahagian belakang.
Bukan itu sahaja, rasa sakit tersebut boleh merebak ke bahagian kaki dan membuatkan kaki sakit.
- Kecederaan Tisu Badan
Kecederaan tisu badan selalunya terjadi selepas berlakunya kecederaan akibat kemalangan atau bersukan.
Kecederaan ini akan mengakibatkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian tulang belakang. Rasa sakit juga merebak ke seluruh bahagian belakang badan.
- Masalah Organ Dalaman
Sakit belakang bahagian kiri juga boleh berpunca daripada jangkitan atau keradangan organ tubuh badan. Di antara organ-organ yang mungkin terjejas adalah:
- Pankreas
- Rahim
- Buah pinggang
- Kolon
Selain itu, keradangan usus besar yang kronik boleh menyebabkan individu tersebut berasa sakit pinggang, kejang perut, keletihan dan sebagainya.
Sekiranya anda mengalami sakit pinggang bersama simptom-simptom yang lain dalam masa jangka yang panjang, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera.
Cara-Cara Merawat Sakit Pinggang
Terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh ikuti untuk merawat sakit pinggang yang dialami. Berikut kami kongsikan beberapa rawatan untuk sakit pinggang.
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Masalah sakit pinggang dapat dikurangkan sekiranya individu tersebut mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
- Pemampatan Ais
Teknik pemampatan ais dapat mengurangkan rasa sengal otot pada bahagian belakang tubuh anda.
Pemampatan ais ini seelok-eloknyanya dilakukan selama 20 minit sehari untuk mendapatkan kesan yang optimum.
- Ubat tahan sakit
Jika masalah sakit pinggang anda sangat serius dan semakin teruk, anda disarankan untuk berjumpa doktor ataupun mengambil ubat tahan sakit.
Sebagai contoh, anda boleh mengambil Paracetamol, Ibuprofen ataupun Naproxen untuk melegakan kesakitan yang dialami.
- Tukar Tilam
Penggunaan tilam yang rata dan tebal juga dapat membantu dan melegakan sakit pinggang.
- Chiropractor
Penggunaan khidmat kiropraktor juga berkesan dalam membantu mengurangkan masalah ini.
Kiropraktor dapat membantu anda meluruskan dan memulihkan bahagian yang terseliuh sekaligus mengurangkan rasa sakit pinggang.
- Tukar kasut
Pemilihan kasut seharian yang bagus adalah amat penting untuk membantu mengurangkan rasa sakit pinggang.
Pastikan anda menggunakan kasut yang mempunyai tapak yang tebal dan lembut untuk menyerap hentakan ketika berjalan atau berlari.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh cuba untuk mengurangkan masalah sakit pinggang.
Bukan itu sahaja, rawatan fisioterapi juga merupakan salah satu kaedah yang bagus untuk mengurangkan masalah sakit pinggang.
Kaedah ini dapat membantu membaiki saraf anda dengan program rehabilitasi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Sekiranya anda ingin mencuba rawatan fisioterapi, anda boleh menghubungi Flex Physiotherapy untuk konsultasi dan mendapatkan rawatan terapi fizikal.
Flex Physiotherapy terdiri daripada ahli-ahli fisioterapi yang pakar dalam merawat masalah slip disc, sakit pinggang, sakit sendi dan lain-lain lagi.
Antara teknik yang digunakan oleh Flex Physiotherapy adalah teknik “hands-on” di mana ianya merangkumi:
- Mulligan
- Trigger Point Release
- Joint Mobilization
- Cyriax
Malahan, kebanyakan pesakit yang telah mendapatkan rawatan bersama Flex Physiotherapy ini berpuas hati dengan rawatan yang disediakan.
Klik Sini Untuk Menghubungi Flex Physiotherapy