fbpx

BOLT juga cedera akibat penggunaan otot yang ‘overdose’

Anda Pernah Rasa Sakit Tulang Keting Selepas Bersenam?

Definisi

 

 

Shin splints ataupun dikenali juga sebagai medial tibial stress syndrome yang disebabkan oleh tekan pada tulang shin dan juga connective tissue yang menyambungkan otot ke tulang. Seseorang yang mengalami shin splint akan mendapat radang dan menyakitkan.

 

SAKIT bahagian depan kaki

Sakit bahagian bawah kaki berlaku di bawah lutut sama ada di bahagian depan luar kaki (anterior shin splints) atau bahagian dalam kaki (medial shin splints).

 

Punca-punca Shin Splints

  • Overpronation
  • Regangan otot yang tidak mencukupi
  • Pemakaian kasut yang tidak sesuai dengan kaki
  • Terlebih tekanan pada sebelah kaki ataupun sebelah peha sahaja semasa berlari
  • Kebiasaannya, sebelah kaki sahaja yang terlibat iaitu kaki yang dominan
  • Otot yang lemah di sekitar kaki/tibia
  • Berlari di atas permukaan yang keras

 

Rawatan Shin Splints

– Hentikan aktiviti berlari dengan segera atau kurangkan senaman bergantung kepada tahap dan tempoh sakit

LETAKKAN ais untuk mengurangkan keradangan

– Rendamkan kaki didalam ais selama 15-20 minit, setiap 3 – 4 jam selama 2-3 hari atau sehingga sakit tulang hilang untuk menghilangkan keradangan
– Melakukan senaman regangan kepada Achilles secara perlahan-lahan
– Compression (balut bahagian betis) sehingga sakit tulang hilang
– Gunakan support didalam kasut utk membetulkan bio-mekanik badan anda

Pencegahan

Bila anda belum pernah mengalami shin splints, sebaiknya anda melakukan tips-tips ini agar terhindar dari rasa sakit akibat shin splints. Rasasakit tulang keting tentu akan membuatkan anda tidak selesa dan bila anda mengalaminya, anda terpaksa harus berhenti berlari selama beberapa waktu hingga kaki anda telah sembuh. Tentu ini akan sangat menyedihkan bagi anda yang hobinya adalah berlari. Lebih-lebih lagi bagi anda yang aktif mengikuti pertandingan maraton.

– Regim senaman yg betul, warm up, stretching, main exercise dan cooling down dan streching
Cross training (lakukan senaman yg tidak mengenakan stress di bahagian betis, seperti berenang atau berbasikal)
– Tingkatkan intensiti senaman anda secara berperingkat

ELAKKAN berlari di permukaan tidak rata

– Kurangkan berlari di atas permukaan yg keras
– Hentikan senaman serta merta jika berasa sakit di bahagian tulang keting

 

Selamat bersenam 🙂