Anda pernah BERJALAN seperti ROBOT SELEPAS BERSENAM sebab sakit urat atau sakit otot?
Sakit otot yang dirasai selepas melakukan aktiviti fizikal, dikenali sebagai “Delayed Onset Muscle Soreness” (DOMS). Ia boleh berlaku apabila orang yang baru memulakan program senaman, menukar rutin senaman anda, atau meningkatkan tempoh atau intensiti kebiasaan senaman anda.
Ia amat ketara jika latihan yang mempunyai komponen esentrik. Senaman esentrik adalah senaman di mana otot akan mengalami kontraksi dalam keadaan memanjang – contohnya berlari menuruni bukit, larian jarak jauh, senaman pliometrik dan senaman mendarat.
Apabila otot dirangsang untuk bekerja lebih keras daripada kebiasaan, atau dengan cara yang berbeza, ia boleh mengakibatkan kerosakan mikroskopik kepada sel-sel otot, lalu mengakibatkan kesakitan otot atau ketegangan. DOMS juga dipercayai disebabkan oleh pengumpulan asid laktik.
Punca DOMS:
DOMS adalah disebabkan oleh koyakan pada myofibril (keterikan pada otot). Mikrotrauma ini menyebabkan tindak balas keradangan di mana cecair dan elektrolit intramuskular syif saling beralih.
Penanda biokimia (seperti kinase creatine dan dehidrogenase laktat) dijumpai dalam kandungan darah individu yang mendapat DOMS, selaras dengan gangguan serat otot.
Bengkak, corak tembakan otot yang berubah dan kesakitan dianggap menjadi sebab mengapa kekuatan otot, pergerakan dan fungsi terjejas dalam pesakit DOMS.
5 Tanda-tanda DOMS:
Sakit otot/lenguh yang terjadi dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas melakukan senaman baru atau agak berat. Rasa pada otot yang terlibat dalam senaman/aktiviti dan akan menyebabkan kekejangan otot serta rasa sakit.
Regangan pasif akan meningkatkan gejala-gejala anda dan juga merupakan salah satu sebab memgapa anda berasa sukar untuk menggerakkan pada otot-otot yang terlibat.
Hilang kekuatan otot untuk jangka masa yang pendek.
Mengurangkan pergerakan sendi di bahagian otot yang terlibat.
Mungkin akan ada bengkak pada kumpulan otot-otot yang terlibat.
Cara untuk Mencegah DOMS:
Salah satu cara terbaik untuk mencegah DOMS adalah dengan memulakan sebarang program atau aktiviti baru secara perlahan-lahan dan beransur-ansur tinggi. Berikan masa kepada otot untuk menyesuaikan diri dengan pergerakan baru atau intensity baru, ia akan membantu mengurangkan kesakitan.
Aktiviti pemanasan badan (warm up) dan rengangan (stretching) juga sangat berkesan dalam mencegah atau mengurangkan DOMS. Tambahan pula, bersenam selepas warm up dan stretching akan mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan prestasi anda.
Bolehkah Terus Bersenam Ketika Mengalami DOMS?
Anda boleh bersenam walaupun sedang mengalami DOMS. Pada awalnya, anda mungkin berasa tidak selesa, terutamanya ketika fasa warm up, tetapi anda akan dapati kesakitan akan hilang semasa sesi latihan. Tetapi, ia akan kembali sakit selepas otot anda telah sejuk.
Jika kesakitan tersebut teruk dan menjadikan anda sukar untuk bergerak, maka lebih baik anda elakkan aktiviti senaman selama beberapa hari sehingga kesakitan berkurangan dan pulih. Ketika itu, anda boleh tumpukan latihan kepada otot lain yang tidak sakit.
DOMS Akan Berterusan Dapat Ataupun Tidak?
Ya, tetapi pada sesi latihan seterusnya, DOMS yang anda rasai akan berkurangan kerana kerosakan tisu otot akan semakin berkurangan dan otot sudah beradaptasi.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.