fbpx Skip to main content

Anda boleh mencederakan otot-otot ini dengan meregangkannya secara berlebihan, menyebabkan koyakan pada tisu otot.

Otot kemudiannya melemah, oleh itu, ia mungkin tidak dapat memegang tulang-tulang belakang anda di tempat dengan betul. Tulang belakang menjadi kurang stabil dan akan menyebabkan sakit pinggang.

Terdapat dua jenis sakit ketegangan pinggang, iaitu:

  • Kecederaan otot berlaku apabila otot ditegangkan secara berlebihan atau terkoyak, menyebabkan kerosakan pada tisu otot (juga dikenali sebagai otot yang tertarik).
  • Terseliuh di bahagian lumbar berlaku apabila ligamen ditegangkan terlalu jauh atau koyak. Ligamen adalah sangat kuat, ia adalah tisu penyambung penghubungkan antara tulang.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi sakit pinggang?

Simptom-simptom yang biasa bagi sakit pinggang adalah:

  • Biasanya ia melarat ke punggung, tetapi tidak sampai menjejaskan kaki
  • Kekakuan sendi pinggang,menyebabkan anda merasa kadar pergerakan anda terhalang
  • Tidak mampu untuk mengekalkan postur badan yang normal disebabkan kekakuan sendi dan / atau kesakitan
  • Kekejangan otot sama ada dengan aktiviti, atau berehat
  • Sakit yang berterusan selama 10-14 hari

Mungkin terdapat juga beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas.  Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Punca-punca

Apakah yang mengakibatkan sakit pinggang?

Sakit pinggang disebabkan oleh:

  • Kegiatan fizikal yang melampau
  • Terjatuh
  • Membengkok atau merangkak berulang kali
  • Mengangkat objek berat dalam keadaan postur yang tidak betul

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas sakit belakang / pinggang?

Gaya hidup dan kaedah perubatan sampingan mungkin membantu anda menghadapi sakit pinggang:

1- Tuamkan ais di belakang anda untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak sebaik sahaja anda otot anda tercedera.

Lakukan selama 20-30 minit setiap 3-4 jam selama 2-3 hari.  Anda juga boleh menuamkan ais ke belakang anda selepas aktiviti fizikal

2- Gunakan pek panas di belakang anda – tetapi hanya selepas 2-3 hari menuamkan ais terlebih dahulu. Gunakan pek panas di belakang anda hanya selepas bengkak telah surut.

Anda boleh menggunakan pad pemanas elektrik atau botol air panas. Atau anda hanya boleh merendam diri anda di dalam tab mandian panas

3- Ambil ubat penahan sakit atau ubat lain, jika disyorkan oleh doktor anda. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs), seperti Advil, Aleve, atau Motrin, akan membantu melegakan sakit belakang dan bengkak dengan lebih rendah.

Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini mungkin mempunyai kesan sampingan.  Ia harus digunakan hanya sekali-sekala, melainkan jika doktor anda secara khusus menyatakan sebaliknya. Rawatan ubat penahan sakit dan relaksan otot adakalanya diperlukan.

4- Gunakan alat sokongan. Bertanyalah doktor atau ahli terapi anda terlebih dahulu, pertimbangkanlah untuk mendapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung untuk menambahkan sokongan ke atas belakang anda. 

Gunakan hanya jangka pendek atau sokongan dengan mengangkat berat atau berulang

5- Dapatkan terapi fizikal (fisioterapi) untuk membina semula kekuatan otot sekiranya doktor anda mencadangkannya.

Jangan terbaring di atas katil atau sofa sepanjang hari. Itu akan menjadikannya lebih teruk. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply