Sciatica merupakan kesakitan yang berlaku kepada bahagian anggota bawah tubuh badan dari pinggul sehingga ke kaki. Kesakitan sciatica ini boleh bermula dari belakang kemudian ianya akan merebak ke punggung, kaki,peha,dan juga pergelangan kaki.
Saraf ini bermula dari cabang saraf tulang belakang, memanjang dan melalui di bawah otot punggung dan melalui juga dibahagian kaki sehingga hujung kaki.
Macam Mana Nak Tahu Simptom Sciatica?
Simptom sakit ini bergantung kepada bagaimana tekanan pada saraf itu berlaku. Antara simptom kebiasaannya berlaku:
- Sakit bersifat burn atau terasa panas, dan terasa kebas-kebas seperti ada jarum halus yang menikam di bahagian yang sakit.
- Rasa sakit bermula dari belakang dan secara perlahan-lahan menjalar ke punggung, pelipat, peha, betis sehingga ke hujung-hujung jari kaki.
- Hilang kekuatan pada bahagian kaki yang sakit.
- Rasa sakit melampau sehingga sukar untuk berjalan.
Apa faktor-faktor yang menyumbang
- Umur. Keadaan tulang belakang kesan dari penuaan adalah salah satu punca. Linkungan umur 45-64 tahun.
- Obesiti. Berat berlebihan akan menambahkan tekanan pada tulang belakang anda menyebabkan perubahan tulang belakang.
- Pekerjaan. Kerja seperti membawa beban yang berat atau pekerjaan memandu kenderaan bermotor dalam jangka masa yang lama.
- Duduk berpanjangan. Orang yang duduk dalam tempoh yang panjang atau memiliki gaya hidup yang tidak aktif lebih cenderung untuk menghidapi Sciatica.
- Diabetes. Penyakit ini boleh menjejaskan fungsi badan anda menggunakan gula darah dan meningkatkan risiko kerosakan saraf anda.
Senaman Untuk Melegakan Kesakitan Sciatica
- Senaman Mckenzie Press Up.
Dalam keadaan meniarap, kedua-dua tangan diletakkan di sisi dan muka menghidap lantai dalam 2-3 minit. Kemudian angkat tangan dan tekan lantai seperti menolak badan kita jauh dari lantai dengan perlahan-lahan mengikut kemampuan anda.
- Senaman Stretching Hamstring.
Berbaring di atas lantai dengan kaki lurus ke bawah. Kemudian pegang dan angkat kaki yang sakit dengan perlahan-lahan menjulur ke atas. Tahan selama 30 saat. Rasakan otot betis anda meregang.
- Senaman Piriformis Stretch.
Berbaring di atas lantai. Silangkan kaki kanan di sebelah kiri dengan pergelangan kaki kanan beristirehat pada lutut kiri. Perlahan angkat kaki kiri dari lantai menghala ke arah anda semasa anda memberi tekanan lembut ke bahagian lutut kanan. Pegang selama 20 hingga 30 saat, dan ulangi pada sisi lain. – FP
Mahukan pemulihan untuk masalah Sciatica yang pantas dan berkesan?
Dapatkan konsultasi PERCUMA masalah Sciatica daripada Certified Physiotherapist kami.
Klik link sekarang, 100% berkesan utk masalah Sciatica >>>>> Hubungi Kami Sekarang