Cerebral palsy adalah gangguan yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk bergerak dan mengekalkan keseimbangan dan postur tubuh. Cerebral palsy biasanya terjadi dalam golongan kanak-kanak.
dan ianya lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan,
Antara tanda-tanda atau simptoom cerebral palsy ialah:
1. Sukar untuk berbicara
Tidak memberi respon apabila anda memanggilnya. Selain itu kelihatan seperti tidak mendengar apabila anda bercakap atau memberi arahan kepadanya.
Tanda ini juga boleh dilihat apabila anak anda kurang berminat apabila dibacakan buku cerita kepada mereka.
2. Sukar meletakkan barang pada tempatnya
Hal ini dapat dikesan apabila anak anda mengalami keterbatasan dalam bergerak dan menjaga keseimbangan.
Sebagai contoh, anak anda tidak boleh menyusun mainan atau peralatan yang dimain dengan betul atau ke tempat asal kerana tangan atau pergerakan yang tidak seimbang.
3. Gaya berjalan tidak normal
Gaya atau gerakan yang tidak terkawal atau tidak terkendali semasa bangun berjalan. Kesukaran ini seperti berjalan pada ujung kaki (jinjit) juga antara tanda yang boleh dikenalpasti.
Selain itu, menyeret satu kaki atau lebih suka menggunakan satu lengan, menunjukkan fungsi otot tidak seimbang.
4. Lambat dalam proses merangkak atau berjalan
Apabila anak anda sudah mencecah umur 1 tahun, sepatutnya sudah boleh merangkak dan berjalan.
Tetapi jika anak anda tidak dapat menampung berat badan dengan kaki dan tangan dan hal ini menyebabkan proses merangkak menjadi lambat.
5. Lumpuh pada salah satu bahagian tubuh
Pesakit mengalami pergerakan otot yang tidak boleh dikawal sehingga menyukarkannya untuk berjalan mahupun duduk.
Keadaan ini juga sering mempengaruhi otot muka sehingga riak wajah pesakit berubah-ubah.
Walaubagaimanapun tidak semua kanak-kanak yang lambat bercakap atau lambat dalam proses berjalan mempunyai cerebral palsy.
Oleh demikian, jika anak anda mempunyai tanda seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat serta rawatan selanjutnya.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.