fbpx
Gambar 1: 4 tanda anak anda mengalami cerebral palsy

Cerebral palsy adalah gangguan yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk bergerak dan mengekalkan keseimbangan dan postur tubuh. Cerebral palsy biasanya terjadi dalam golongan kanak-kanak.

Cerebral palsy lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan,

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Antara tanda-tanda atau simptoom cerebral palsy ialah:

Gambar 2: Kesukaran untuk berbicara

1. Sukar untuk berbicara

Tidak memberi respon apabila anda memanggilnya. Selain itu kelihatan seperti  tidak mendengar apabila anda bercakap atau memberi arahan kepadanya.

Tanda ini juga boleh dilihat apabila anak anda kurang berminat apabila dibacakan buku cerita kepada mereka.

Gambar 3: Sukar untuk meletakkan barang pada tempatnya

2. Sukar meletakkan barang pada tempatnya

Hal ini dapat dikesan apabila anak anda mengalami keterbatasan dalam bergerak dan menjaga keseimbangan.

Sebagai contoh, anak anda tidak boleh menyusun mainan atau peralatan yang dimain dengan betul atau ke tempat asal kerana tangan atau pergerakan yang tidak seimbang.

Gambar 4: Gaya berjalan tidak normal

3. Gaya berjalan tidak normal

Gaya atau gerakan yang tidak terkawal atau tidak terkendali semasa bangun berjalan. Kesukaran ini seperti berjalan pada ujung kaki (jinjit) juga antara tanda yang boleh dikenalpasti.

Selain itu, menyeret satu kaki atau lebih suka menggunakan satu lengan, menunjukkan fungsi otot tidak seimbang.

Gambar 5: Lambat dalam proses merangkak & berjalan

4. Lambat dalam proses merangkak atau berjalan

Apabila anak anda sudah mencecah umur 1 tahun, sepatutnya sudah boleh merangkak dan berjalan.

Tetapi jika anak anda tidak dapat menampung berat badan dengan kaki dan tangan dan hal ini menyebabkan proses merangkak menjadi lambat.

Gambar 6: Lumpuh pada salah satu bahagian tubuh badan

5. Lumpuh pada salah satu bahagian tubuh

Pesakit mengalami pergerakan otot yang tidak boleh dikawal sehingga menyukarkannya untuk berjalan mahupun duduk.

Keadaan ini juga sering mempengaruhi otot muka sehingga riak wajah pesakit  berubah-ubah.

Walaubagaimanapun tidak semua kanak-kanak yang lambat bercakap atau lambat dalam proses berjalan mempunyai cerebral palsy.

Oleh demikian, jika anak anda mempunyai tanda seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat serta rawatan selanjutnya.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

#tanda #cerebralpalsy #kanak-kanak #sukarbercakap #lambatberjalan #lambatmerangkak #berjalantidaknormal #lumpuhbadan #fisioterapi #fisioterapikelantan #fisioterapiterengganu