fbpx Skip to main content
3 senaman gymball untuk pesakit skoliosis

Skoliosis lebih dikenali sebagai tulang belakang yang bengkok samaada ke kiri atau ke kanan.

Jika Skoliosis itu sedikit teruk, pesakit akan dirujuk edngan ahli fisioterapi dimana mereka akan mengajar senaman bagi menguatkan otot-otot yang lemah di baagian belakang badan.

Haa, nak tahu bagaimana senaman untuk pesakit Skoliosis?

Jom sama-sama kita lihat info di bawah 👇👇👇

Senaman 1

Side strecth

Lakukan senaman ini menggunakan bola gym atau ‘Gymball’.

Posisikan badan secara mengiring dan letakkan gymball di bahagian bawah sisi badan.

Tahan kedudukan ini selama 20 hingga 30 saat. Ulang senaman ini sebanyak 2 hingga 3 kali ulangan.

Senaman ini boleh dilakukan setiap hari.

Senaman 2

Back extension exercise

Rebahkan atau baringkan badan di atas gymball, stabilkan badan dengan menghulurkan tangan ke lantai.

Tahan kedudukan ini selama 10 saat. Ulang senaman ini sebanyak 10 kali ulangan.

Senaman ini membantu untuk meregangkan tulang belakang dari atas hingga ke bawah.

Senaman 3

Stability back strecth

Meniarapkann badan di atas gymball, stabilkan badan dengan lutut dan rehatkan tangan ke lantai atau atas gymbal (mana-mana yang selesa).

Tahan kedudukan ini selama 15 hingga 30 saat. Ulang senaman ini sebanyak 10 kali ulangan.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply