fbpx Skip to main content

Sindrom Post Covid  ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih.

Gejala-gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif. Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.

Senaman Pernafasan

a) Pursed Lip Breathing

Amalkan senaman ini ntuk pesakit asma dan pesakit yang mengalami kesukaran bernafas seperti tercungap-cungap.

Cara untuk melakukan senaman ini adaalah dengan menarik nafas melalui hidung selama 2 saat.

Hembus nafas melalui mulut dengan memuncungkan sedikit selama 4 saat. Lakukan senaman ini 2-3kali sahaja sehingga rasa tercungap hilang.

b)  Deep Breathing Exercise (DBE)

DBE ini bertujuan untuk mengembangkan balik paru-paru serta menguatkannya.

Cara untuk melakukan senaman ini adalah dengan duduk atau berdiri dengan siku sedikit ke belakang kemudian Tarik nafas melalui hidung dan tahan salaam 5 saat kemudian menghembuskannya melalui hidung juga.

c) Thoracic Mobilization Exercise(TME)

Senaman ini bertujuan untuk mengembangkan balik paru-paru serta meningkatkan mobility bahu.

Cara untuk melakukan senaman ini adalah dengan duduk tegak sambil tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.

Angkat tangan dari sisi sampai ke atas. Kemudian turunkan tangan sambil menghembus nafas melalui hidung juga.

Senaman Regangan

Pentingnya regangan adalah untuk meningkatkan fleksibiliti otot serta sendi .

dan ia perlulah dibuat dengan menahan salama 15 saat , 3-5 kali .

Senaman Kekuatan

Bertujuan untuk menguakan balik otot-otot yang lemah setelah tidak lama aktif.

Senaman ini perlulah dibuat dengan menahan selama 10 saat , ulang 10 kali untuk setiap pergerakan.

Mobilizing Exercises

Senaman ringan yang mana dapat menguatkan jantung dan paru-paru serta melancarkan peredaran darah dalam badan.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Masalah bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Kami komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply