Senaman ketika hamil; Pergerakan dalam setiap senaman membuatkan badan dan otot ibu menjadi kuat. Kesihatan dapat dikekalkan di sepanjang tempoh mengandung terutamanya bagi mengatasi simptom-simptom kebiasaan ibu mengandung seperti sembelit, sakit dan lenguh tulang belakang, dan keletihan.
Pelbagai jenis senaman antenatal yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung seperti senaman relaksasi, senaman pergerakan tangan, senaman pergerakan pergelangan kaki, senaman untuk menguatkan otot pinggul, dan juga senaman ringan lain.
Ibu yang mengandung untuk kali pertama ataupun tidak pernah melakukan senaman antenatal disarankan untuk menyertai kelas yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di klinik berdekatan demi menjaga keselamatan si ibu.
Waktu yang sesuai untuk memulakan senaman-senaman ini adalah selepas 4 bulan kandungan.
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kepentingan melakukan senaman ketika hamil:
- Mengekalkan postur yang baik.
- Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen.
- Meningkatkan peredaran darah di seluruh badan.
- Relaksasi seluruh badan.
- Memudahkan proses bersalin.
- Dapat menurunkan berat badan dengan cepat.
- Mengurangkan risiko mendapat gestational disbetes dan darah tinggi.
Hentikan senaman dengan segera jika anda mengalami tanda tanda berikut:
- Sakit dada.
- Perdarahan dari faraj atau kontraksi atau jika anda mengalami pecah mentuban.
- Kabur penglihatan, pening, dan pitam.
- Denyutan jantung tidak tetap.
- Bertambah bengkak dikaki, tangan dan buku lali.
- Perubahan suhu badan yang mendadak.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.