Dalam keadaan sekarang yang tidak sesuai untuk ke gym atau beriadah di luar rumah kerana COVID-19 yang sangat merbahaya dan senang dijangkiti, anda boleh lakukan senaman ini untuk membakar lemak dan kekal cergas. Jom tengok, apa senaman yang boleh dilakukan dirumah sepanjang anda berada di rumah.
Antara senaman mudah yang boleh diamalkan
Aktiviti Naik Turun Tangga
Kalau ada tangga di rumah, anda boleh lakukan aktiviti ‘naik turun’ tangga ataupun yang lagi senang anda boleh je lari setempat. Lakukan sebanyak beberapa pusingan, ini membantu menguatkan otot kaki anda.
Push Up
Nak kuatkan otos lengan, dada, bahu dan perut? Mudah je buat senaman push up. Senaman ni akan membantu anda mengempiskan perut dan membentuk pada bahagian lengan. Penat tu memang lah penat tapi kesannya memuaskan.
Squat
Senaman ni baik untuk menguatkan otot pada bahagian kaki dan punggung. Anda boleh try gunakan kerusi untuk melakukan senaman ni.
Sit up
Senaman ni mudah je. Mula-mula anda baring dekat lantai sambil membengkok dan menyangkut kaki pada kerusi. Then letakkan tangan anda di atas dada dan angkatkan badan anda perlahan ke arah kaki. Ia membantu menguatkan abdominal atas. Kalau nak perut 6 pack buat la hari hari.
Jangan lupa tau lakukan senaman ini walaupun dalam bulan puasa. Sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu bolehlah praktikkan senaman ini dan masa anda pun terluang dengan aktiviti yang menyihatkan.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.