fbpx Skip to main content

Bila salah satu cakera di antara tulang belakang tergelincir atau menonjol dari kedudukan asalnya, seseorang itu akan merasakan kesakitan di bahagian belakang. Inilah yang dinamakan slip disc!

Bila kena slip disc, anda akan rasa sakit yang teramat sampai mengganggu aktiviti harian. Bukan sekadar sakit belakang biasa je tau! Jadi, penting untuk anda jaga tulang belakang dan cegah masalah ini berlaku pada anda.

Normal Disc vs Slipped Disc

Berikut merupakan 5 cara yang anda boleh buat untuk elak slip disc!

1. Jaga Postur yang Betul

Jaga Postur Badan Elak Slip DiscPostur badan yang betul amat penting untuk mencegah tekanan berlebihan pada tulang belakang. Sama ada anda sedang duduk, berdiri, atau bergerak, pastikan tulang belakang anda dalam kedudukan yang lurus dan selesa. Ketika duduk, gunakan kerusi yang menyokong bahagian belakang anda dan pastikan kedua-dua kaki berada rata di atas lantai. Elakkan membongkok terlalu lama, terutamanya semasa menggunakan telefon atau komputer. Postur yang betul membantu mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang dan mengelakkan risiko slip disc.

2. Kawal Berat Badan Elak Slip Disc!

Slip Disc Boleh Dielakkan Dengan Mengawal Berat BadanBerat badan berlebihan boleh menambah beban pada tulang belakang, yang akan meningkatkan risiko slip disc. Lemak berlebihan, terutama di bahagian perut, boleh memberi tekanan tambahan pada otot teras dan tulang belakang. Untuk mengawal berat badan, amalkan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan yang seimbang dan bersenam secara berkala. Bukan sahaja berat badan terkawal, malah tulang belakang anda juga lebih terjaga daripada risiko kecederaan.

3. Kuatkan Otot Teras

Otot teras atau otot pusat badan memainkan peranan penting dalam menyokong tulang belakang. Apabila otot teras kuat, ia membantu mengurangkan beban pada cakera tulang belakang. Latihan seperti plank, senaman perut, dan yoga adalah antara cara yang baik untuk menguatkan otot teras. Dengan otot teras yang kuat, anda dapat menjaga postur yang betul dan mengelakkan tekanan berlebihan pada tulang belakang.

4. Elak Angkat Beban Berat

Elak Angkat Barang Berat Untuk Elak Slip DiscMengangkat barang yang terlalu berat atau mengangkat dengan teknik yang salah boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada cakera tulang belakang. Jika perlu mengangkat sesuatu, pastikan anda menggunakan teknik yang betul: bengkokkan lutut, bukan pinggang, dan gunakan kekuatan kaki untuk mengangkat. Jika barang terlalu berat, dapatkan bantuan atau gunakan peralatan bantu seperti troli.

5. Rehat & Regangan

Sentiasa ingat untuk memberi rehat yang cukup kepada badan anda, terutamanya jika anda bekerja dalam posisi yang sama untuk tempoh yang lama. Regangan yang mudah seperti membongkok ke depan, memutar pinggang, atau meregangkan lengan dapat membantu melegakan ketegangan pada otot dan cakera tulang belakang. Rehat dan regangan juga membantu melancarkan peredaran darah ke kawasan tulang belakang, yang penting untuk mengekalkan kesihatan cakera.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain slip disc, Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak