Pernah dengar tentang Slip Disc. Jika anda sering sakit belakang yang melampau serta rasa kebas pada kaki atau tangan,
Jom check jika masalah anda itu berkaitan dengan ‘Slip Disc’….
Slip disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc).
Ini berlaku secara majoritinya dikalangan pemuda dalam usia 20 ke 30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat bebanan.
Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.
APA ITU ‘SLIP DISC’?
Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus.
Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.
BAGAIMANA ‘SLIP DISC’ TERJADI?
Slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.
APAKAH SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA ‘SLIP DISC’?
Sakit belakang
Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota badan)
Cauda equina (kegagalan mengawal air besar atau air kencing)
APAKAH PUNCA-PUNCA ‘SLIPPED DISC’?
- Trauma – contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan sebagainya.
- Pesakit mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama
- Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
- Duduk terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu
- Sukan mengangkat berat
OBJEKTIF RAWATAN FISIOTERAPI
- Untuk mengurangkan sakit
- Menguatkan otot belakang dan abdominal
- Mengekalkan julat pergerakan badan
- Meningkatkan julat pergerakkan badan
- Membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.