fbpx
1) Masalah kesakitan apa yang boleh dirawat di Flex Physiotherapy?

Kami merawat segala jenis masalah yang memerlukan rawatan fisioterapi seperti masalah-masalah berikut:

  • Sakit sendi seperti bahu, lutut, siku, paha dan buku lali
  • Sakit belakang
  • Slip disc
  • Skoliosis
  • Sakit leher
  • Arthritis
  • Calcaneal spur
  • Sindrom carpal tunnel
  • Pemulihan selepas pembedahan
  • Kecederaan sukan
  • Trigger finger
  • Strok
  • Kecederaan saraf tunjang
  • Vertigo
  • Anak-anak lambat tumbesaran
  • Cerebral Palsy
2) Apa kaedah rawatan yang digunakan di Flex Physiotherapy

Di Flex Physiotherapy kami menggunakan sepenuhnya manual technique fisioterapi atau teknik ‘hands-on’ yang sering digunakan di negara-negara maju dan terbukti berkesan.
.
Teknik-teknik yang digunakan adalah seperti cyriax, mulligan, joint mobilization, trigger point release, soft tissue release, muscle energy technique dan sebagainya yang dapat membantu mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi fizikal anda.

3) Apakah kelulusan ahli fisioterapi di Flex Physiotherapy?

Semua ahli fisioterapi di Flex Physiotherapy adalah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fisioterapi.

4) Di manakah lokasi klinik Flex Physiotherapy?

Klinik kami terletak di:

Kelantan: PT1572, Jalan Wakaf Che yeh 11, Taman Iman Jaya, 15150, Kota Bharu, Kelantan

Kuala Terengganu: PT17693-B, Jalan Tengku Mohamad, Taman Semarak, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

5) Adakah FlexPhysiotherapy menawarkan rawatan ke rumah?

Ya, kami juga menawarkan rawatan fisioterapi terus ke rumah anda dan caj pengangkutan yang kami kenakan adalah sangat berpatutan. Dapatkan rawatan fisioterapi dalam keselesaan suasana rumah anda sendiri.

6) Berapa sesi rawatan yang diperlukan untuk betul-betul sembuh?

Berapa sesi rawatan yang diperlukan adalah bergantung kepada keadaan seseorang pesakit. Setiap pesakit mempunyai tahap kesembuhan yang berbeza. Rawatan susulan adalah sangat penting dalam sesebuah proses pemulihan.

7) Berapa lama masa diambil untuk setiap sesi rawatan?

Setiap sesi rawatan mengambil masa selama lebih kurang satu jam termasuk pemeriksaan secara menyeluruh, rawatan dan ‘consultation’ daripada ahli fisioterapi anda.

Topik Popular Minggu Ni

Open chat