Soft tissue manipulation merupakan kaedah yang menggabungkan beberapa Teknik daripada luar negara seperti Effluerage, Petrissage, Deep Friction dan Kneading.
Kaedah STM ini membantu mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan sakit urat, melepaskan saraf yang terhimpit, mengurangkan bengkak dan meningkat pengedaran darah serta cecair ‘lymphatic’.
Teknik ini juga digunakan untuk kes tertentu utk melembutkan dan mengurankan parut (post-operation dan parut kemalangan), sekaligus membantu meningkatkan julat pergerakan fizikal pesakit.
Selain itu, pesakit strok juga akan mendapat kebaikan dari Teknik STM terutamanya dalam mengurangkan sembab-sembab/bengkak pada kaki serta tangan dan bantu melembutkan otot akibat dari baring atas katil terlalu lama.