fbpx
Gambar 1 : Simptom-simptom awal Stroke

Apa itu strok ? Stroke adalah sejenis keadaan dimana kurangnya pengaliran darah ke otak sehingga menyebabkan kematian otak.

Otak manusia memerlukan darah yang mengandungi oksigen dan nutrient untuk terus berfungsi.

Kekurangan fungsi otak ini boleh menjejaskan deria-deria anda terganggu seperti percakapan. Selain itu, ia boleh menyebabkan sebelah bahagian badan akan menjadi lumpuh dan kebiasanya pesakit stroke akan mempunyai masalah ingatan.

Di Malaysia, statistic menunjukkan stroke merupakan punca kematian ketiga terbanyak di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser. Kira-kira 40,000 di Malaysia diserang strok setiap tahun dimana kebanyakannya adalah dari kalangan orang dewesa.

Sekiranya anda mengesyaki diri anda atau orang terdekat anda mempunyai simptom-simptom di bawah, langkah yang penting adalah bawak pergi ke hospital atau klinik yang berhampiran dengan kadar segera.

Rawatan awal terhadap pesakit stroke boleh mengurangkan kesan jangka panjang stroke dan juga boleh mengurangkan risiko kematian akibat daripada serangan stroke.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Antara simptom yang utama stroke :

Gambar 2 : Muka Jatuh Sebelah

1. Muka jatuh sebelah

Satu bahaguan muka seolah-olah jatuh ke bawah atau meluyut. Cuba minta sesorang yang disyaki mempunyai stroke untuk senyum.

Sekiranya satu bahagian sahaja (kira atau kanan) yang tersenyum dan sebelah lagi tidak mampu menunjukkan ekspresi senyum, kemungkinan besar ia adalah akibat stroke.

Gambar 3 : Tangan Menjadi Lemah

2. Tangan menjadi lemah

Lemah atau kebas pada satu bahagian anggota badan seperti tangan atau kaki.

Untuk kepastian, anda boleh cuba mengangkat kedua-dua belah tangan tanpa bantuan orang. Adakah kedua-duanya dapat diangkat sama tinggi?

Gambar 4 : Sukar untuk bercakap

3. Sukar nak bercakap

Kesukaran untuk bercakap atau memahami apa yang disampai? Akibat kerosakan bahagian otak, pesakit stroke biasanya akan menghadapi kesukaran untuk bercakap dan memahaminya.

Untuk periksa, cuba minta pesakit stroke mengulangi ayat pendek dan mudah. Kenalpasti sekiranya terdapat kesukaran untuk bercakap atau mengulangi ayat yang disebut itu.

Sekiranya anda mendapati sesorang itu disyaki mempunyai stroke, sila hubungi kecemasan dengan segera bagi mengelak perkara lagi teruk. Sekiranya anda berkemampuan, bawanya ke hospital atau klinik berdekatan.

Simptom lain :

Gambar 5 : Penglihatan menjadi kabur

1. Penglihatan menjadi kabur

Pesakit stroke kebiasaanya menghadapi masalah penglihatan pada salah satu atau kedua-dua bahagian mata. Hal ini kerana otak yang sudah tidak dapat memproses informasi yang diterima oleh mata.

Gambar 6 : Sukar untuk berjalan

2. Sukar untuk berjalan tanpa bantuan

Stroke bukan sahaja menyebabkan kebas anggota badan, namun pesakit juga boleh hilang keseimbangan badan. Bukan sekadar berjalan pesakit sukar namun berdiri pun tidak mampu mengimbangkan badan.

Hal ini disebabkan system saraf yang turut sama terjejas akibat kerosakan yang berlaku pada otak.

3. Sakit kepala yang berpanjangan.

Jika pesakit terkena stroke yang berdarah (Heamorrhagic Stroke), pesakit berkemungkinan besar akan merasai sakit kepala yang berpanjangan.

Sakit kepala ini bukan seperti pening kepala biasa tetapi kesakitan yang amat sangat pada bahagian kepala.

Sekiranya anda mendapati ahli keluarga,rakan atau orang berdekatan dengan anda mempunyai simptom di atas, sila bawak beliau segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#Stroke #fisioterapi #fisioterapiKelatan #fisioterapiTerengganu #mukajatuh