fbpx

SUSAH NAK PAKAI BAJU?

TANGAN TAK BOLEH ANGKAT?

Siapa pernah mengalaminya? Angkat tangan..

 

Encik A mengalami keadaan bahu kaku atau frozen shoulder. Menurutnya, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Beliau tidak ingat tarikh sebenar tetapi segalanya bermula sejak enam bulan lalu.

Pada mulanya, beliau tidak mengendahkan kesakitan itu kerana menyangka hanya sengal badan yang biasa dialami mereka yang sudah berusia. Beliau cuma rasa sengal dan pedih sekitar bahu dan lengan kiri.

 

RADANG Pada Sendi Bahu

 

Bagi mengurangkan rasa sakit, katanya beliau hanya menggunakan khidmat tukang urut selain mengambil ubat penahan sakit.

“Rasa sakit pada bahagian bahu berkurangan selepas diurut dan tidak lama selepas itu kembali sakit.

“Sakitnya tidak boleh digambarkan. Lama-kelamaan, dari paras lengan ke bahu akan merasa sakit apabila saya hendak mengambil sesuatu di tempat tinggi dan pergerakan tangan kiri saya mula terhad.

“Contohnya, hendak ambil baju dalam almari pun tidak boleh. Keadaan lebih teruk apabila saya sukar untuk menyikat rambut sendiri dan ini bermakna saya tidak boleh mengusap kepala sendiri. Banyak kerja yang saya tidak boleh lakukan kerana pergerakan tangan yang terhad.”

 
“Tidak tahan menanggung kesakitan, pada bulan Mac lalu saya mendapatkan rawatan di klinik panel dan doktor mengesahkan saya menghidap bahu kaku atau frozen shoulder.”

Kemudian, isteri dan anak-anak saya menggesa untuk saya dapatkan rawatan fisioterapi. Hari tu, semasa pergi Pasar Wakaf Che Yeh, saya ternampak signboard Flex Physiotherapy. Saya terus cari di internet no telefon Flex Physiotherapy dan buat tempahan slot rawatan.”

SENAMAN Kekuatan Otot Bahu

“Alhamdulillah. Setelah selesai 5 sesi rawatan, bahu kiri dah kurang rasa sakit. Nak sikat rambut pun dah rasa lebih senang dari sebelum ni.”
Encik A ada lagi baki 3 sesi bersama Flex Physiotherapy.

Beliau menasihatkan individu yang sering mengalami sakit bahu supaya segera berjumpa doktor.

“Cari rawatan yang betul dan jangan hanya bergantung kepada tukang urut,” katanya.

 

Ingin tahu lebih lanjut? Klik link di bawah
.
http://flexphysiotherapy5.wasap.my