fbpx

Selalu sakit belakang tapi tak tahu apa puncanya?

Gambar 1: Sakit Belakang

Apabila sakit belakang menyerang, seluruh badan akan rasa sakit dan banyak kerja akan tertangguh.

Anda mungkin rasa sakit belakang yang datang sekejap sahaja dan dengan sedikit regangan pada belakang badan boleh meredakannya.

Tetapi jika sakit berpanjangan, anda perlu mengambil serius dan jika tidak diambil tindakan, ia boleh terdedah kepada kesan kronik pada tulang belakang.

Pernah tak anda terfikir penyebab-penyebab sakit belakang sebenarnya berada dekat dengan kita? Ya, perbuatan kita sendiri boleh membawa kepada sakit tulang belakang.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Perbuatan yang macam mana ya?

  • Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama

Postur badan yang tidak terjaga menjadi salah satu penyebab sakit belakang. Berdiri terlalu lama banyak memberi kesan buruk kepada leher, bahu dan juga tulang belakang.

Duduk terlalu lama dengan postur yang salah menyebabkan tekanan pada otot serta cakera tulang belakang dan leher. Tekanan berlebihan kepada tulang belakang dan jangka masa panjang kan melibatkan sakit saraf tunjang, sakit  belakang kronik, slip disc dan bongkok.

Jadi, seimbangkan posisi duduk dan berdiri ketika bekerja atau melakukan aktiviti harian.

Gambar 2: postur berdiri
Gambar 3: postur duduk
  • Cara Kerja Yang Salah
Gambar 4: Merokok

Bukan bermaksud kerja yang anda buat itu salah, tetapi postur semasa melakukan pekerjaan seperti kerja yang duduk berpanjangan, mengangkat barang, berlatih sukan dan sebagainya.

Semasa melakukan kerja anda, pastikan postur badan dalam keadaan yang betul untuk mengelakkan sakit pada belakang badan dan juga leher.

  • Tabiat Suka Merokok
Gambar 5: Gajet

Tahukah anda merokok boleh menyebabkan sakit belakang? Kesan nikotin dan bahan kimia dalam rokok menghalang penyerapan kalsium ke dalam tulang mengakibatkan tulang semakin rapuh.

Masalah paru – paru dan masalah jantung menyebabkan tubuh menjadi lemah dan cepat penat apabila melakukan aktiviti fizikal harian.

  • Terlalu Leka Dengan Gajet
Gambar 6: Faktor pekerjaan

Hampir semua orang termasuk juga kanak-kanak memiliki gajet masing-masing. Bagaimana ketagihan gajet ini boleh merosakkan tulang belakang?

Pengguna telefon pintar menghabiskan masa sekitar 2 hingga 4 jam sehari malah ada yang lebih. Hal ini menyebabkan tekanan berlebihan kepada tulang sendi leher. Tekanan berlebihan dalam jangka masa yang panjang membawa kepada sakit kepala, sakit belakang leher, sakit belakang badan, sakit bahu serta kebas tangan.

  • Salah Memilih Kasut
Gambar 7: Kasut

Pemakaian jenis kasut yang salah dikaitkan dengan sakit belakang. Kenapa? Kasut tumit tinggi menjadi punca utamanya.

Walaupun kasut tumit tinggi membuatkan kita nampak lebih cantik dan trendy, namun ia tetap salah satu penyumbang kepada sakit belakang.

Kasut ini memberi kesan kepada sistem sokongan tubuh. Bukan sahaja memberi impak kepada tulang belakang malah kepada kaki, lutut dan juga tulang pinggul.

Punca lain yang memberi kesan buruk kepada kesihatan tulang belakang ialah pemakaian kasut yang terlalu ketat, terlalu berat, tidak sesuai dengan keadaan, tidak memakai stokin atau kasut yang berkualiti rendah.

Bukan mahal menjadi ukuran utama, tetapi lebih penting untuk memilih kasut yang selesa dan selamat demi kesihatan kaki dan tulang belakang.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#punca #sakitbelakang #tabiat #faktor #postur #rokok #kerja #kasut #kesihatan #senaman #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu