fbpx

FISIOTERAPI vs CHIROPRACTIC

 

Pengenalan

Persoalan berkenaan apakah perbezaan antara fisioterapi dengan chiropractic adalah antara perbualan hangat dalam kalangan orang awam?
.
Terdapat beberapa perbezaan yang jelas antara profesion-profesion tersebut, namun soalan yang tepat untuk ditanya adalah mengapa saya perlu memilih fisioterapi untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi?
.
Secara ringkasnya, perbezaan utama antara fisioterapi dengan chiropractic adalah dari segi falsafah (apa yang mereka percaya). Perbezaan ketara boleh dilihat dari segi pendekatan praktikal dalam bidang masing-masing.

Apakah masalah yang boleh ditangani oleh ahli fisioterapi?

Ahli fisioterapi merawat pelbagai jenis kecederaan mahupun kesakitan yang pesakit hadapi seperti stroke, sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut, kecederaan sukan dan masalah kanak-kanak. Tujuan utama fisioterapi adalah untuk mengembalikan fungsi fizikal pesakit seperti sedia kala.

Fisioterapi membantu pesakit:

>> Mengurangkan kesakitan
>> Mendapatkan semula fungsi sendi yang normal
>> Membantu atlet untuk kembali kepada sukan selepas mengalami kecederaan
>> Merangka rehabilitasi selepas pembedahan
>> Mendapatkan penilaian biomekanik dan ergonomik yang lengkap
>> Mempraktikkan senaman yang bersesuaian
>> Memberikan nasihat mengenai postur badan
.
Rawatan yang diberikan ke atas pesakit lazimnya melibatkan terapi manual ataupun hands-on, elektro terapi senaman, nasihat dan penilaian ergonomik, dan lain-lain pendekatan yang bersesuaian dengan masalah pesakit.
Nasihat juga akan diberikan mengenai bagaimana menguruskan kecederaan yang dihadapi di samping memberikan beberapa senaman yang boleh dilakukan di rumah. 

 

LATIHAN Berjalan Untuk Pesakit Stroke

 

PRESSURE Point

 

RAWATAN Infrared

 

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini

Perbezaan antara ahli fisioterapi dan chiropractor

>> Ahli fisioterapi dilatih untuk mengenalpasti pelbagai jenis keadaan atau kecederaan pesakit. Hal ini membolehkan ahli fisioterapi merawat masalah-masalah yang melibatkan kecederaan dan lemah otot.
.
>> Walaubagaimanapun, chiropractor hanya fokus pada masalah yang melibatkan tulang belakang semata-mata. Oleh sebab itu mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk melihat masalah secara keseluruhan yang mungkin berkaitan dengan masalah yang dihadapi pesakit.
.
Bukan itu sahaja, ahli fisioterapi juga menekankan perihal teknik terapeutik yang menyeluruh atau komprehensif yang menyumbang kepada peningkatan kekuatan tubuh badan dan menjadikan tubuh lebih sihat. 

 

MANIPULASI Tulang Belakang

 

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini