fbpx Skip to main content

senaman dumbel mungkin bagi yang nak bina otot selalu lah dimomokkan dengan senaman ini kan. tapi ….

Bersenam tanpa menggunakan mesin memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan pergerakan mengikut keselesaan masing-masing. Alternatifnya, anda boleh menggunakan bebanan bebas seperti dumbel yang memberikan rintangan kepada tubuh. Dengan bersenam menggunakan bebanan bebas, pergerakan menjadi lebih semula jadi, disesuaikan mengikut individu dan boleh dilakukan di mana sahaja.

Dumbel yang dijual mempunyai berat yang berbeza bermula 500 gram dan seterusnya mengikut keupayaan individu. Sebagai permulaan, individu boleh menggunakan botol air mineral kecil diisi pasir atau batu sebagai pemberat menggantikan dumbel.

Dengan melakukan senaman mengangkat bebanan juga menjadikan bentuk badan lebih cantik dan anggun. Ini kerana ia dapat meningkatkan kekuatan otot dan mengurangkan menjadi menggeleber. Apabila jisim otot di badan bertambah, proses pembakaran kalori juga lebih aktif disebabkan otot adalah agen terbaik dalam pembakaran kalori.

TAHUKAH ANDA? Senaman Dumbel Boleh Membakar Lemak

Selain menguatkan otot, bersenam menggunakan dumbel dapat membakar lemak dengan tinggi. Namun, jika anda baru nak mula bersenam jangan paksa diri sebaliknya lakukan 10 hingga 15 kali dalam dua atau tiga set. Rehat selama 60 hingga 90 saat setiap set.

Manfaat senaman dumbel

Antara keistimewaan lain ialah dapat mengelakkan daripada penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok. Terdapat beberapa senaman ringkas menggunakan dumbel yang boleh dilakukan di rumah atau di mana sahaja, antaranya:

1. Membentuk lengan

Senaman ini menumpukan otot bahagian lengan iaitu otot bisep (otot lengan). Caranya, pegang dumbel dalam keadaan berdiri, bengkok siku ke atas. Lakukan lapan kali untuk tiga set.

2. Mengecilkan bahu

Bagi wanita atau individu yang mempunyai masalah bahu besar boleh menggunakan dumbel untuk mengecilkan otot bahu. Caranya, pegang dumbel kemudian angkat ke sisi. Pastikan kedua tangan diluruskan sebelum mengangkatnya. Senaman ini menumpukan otot di bahagian bahu terutama otot deltoid (tengah). Lakukan sebanyak lapan kali untuk tiga set.

3. Kuatkan otot bahu/lengan

Untuk menguatkan otot hadapan bahu, berdiri tegak dengan kedua tangan memegang dumbel. Luruskan tangan kanan ke hadapan diikuti kiri secara berulang kali. Anda akan rasai bahagian lengan dan bahu menjadi sedikit tegang. Untuk kesan yang lebih lakukan lapan kali dalam tiga set.

Kesimpulannya, penggunaan alat senaman ini adalah sebagai satu alternatif yang baik dan mudah untuk kekal aktif dan sihat. Ia tidak terikat dengan mesin seperti di gimnasium, Apa yang menarik lagi ialah tidak memerlukan ruang yang luas. Senaman ini boleh dilakukan di rumah atau di mana sahaja.

Selamat Mencuba ! 😉


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply