fbpx
Gambar 1 : Fakta mengenai 10,000 langkah sehari

Berjalan kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak tenaga dan juga ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan kita.

Ingin lihat rawatan berjaya pulih kami merawat pesakit? KLIK DISINI

FAKTA BERJALAN KAKI YANG HARUS ANDA TAHU

  • Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
  • Berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.
  • Secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.
  • Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.
  • Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai anda harus berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. Anggaran ini untuk individu yang mempunyai berat badan 70 kg.

FAEDAH BERJALAN KAKI

Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

1. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.

2. Mengurangkan stres. Ketika berjalan ia boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dan membuatkan anda berasa lebih ceria serta sihat.

3. Menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolesterol.

4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.

5. Mengekalkan kekuatan otot.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#berjalan #kaki #kilometer #kalori #bakar_kalori #kesihatan #roti_canai #berjalan_tanpa_henti #gemuk #obesiti