fbpx Skip to main content

Kita sudah sedia maklum bahawa kasut tumit tinggi memberi kesan yang buruk kepada anggota badan tak seperti kasut rata. Contohnya pemakai akan berasa sakit tumit dan lenguh2 kaki pada awalnya dan lama–kelamaan pastinya sakit tersebut akan menjadi teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian.

Pilihan untuk tidak menggunakan kasut tumit tinggi adalah dengan memakai kasut rata/flat. Kebanyakan daripada kita beranggapan itu adalah pilihan yang tepat sekali untuk mengelakkan sakit kaki. Adakal ia betul?

Salah, tanggapan anda tidak benar. Walaupun kasut flat lebih selesa dipakai, namun tidak bermakna ianya baik untuk kesihatan anda. Malah, kesan pemakaian kasut flat ini sama kesannya dengan kasut tumit tinggi!

5 KESAN BAHAYA PEMAKAIAN KASUT FLAT

– Menyebabkan kesakitan dan kesan bengkak pada tumit jika anda terutaman jika anda banyak melakukan aktiviti berjalan.

– Mempunyai daya serapan hentakan dan ini boleh menyebabkan sakit tumit seperti plantar fascitis.

– Memberi tekanan tendon achilles di bahagian  belakang tumit, dan juga otot betis di belakang kaki . Kesakitan boleh berterusan sehingga 2 minggu.

– Tidak menyokong kaki dengan baik dan kaki anda terpaksa berusaha keras dalam mengekalkan keseimbangan.

– Mengakibatkan  anda jalan seperti menyeret kaki dan belakang kasut anda akan haus dengan lebih cepat.

KASUT YANG MANAKAH JADI PILIHAN YANG TERBAIK

Kalau kasut tumit tinggi tak boleh, kasut rata pun tak bagus, kasut jenis macam mana yang seorang wanita patut pakai?

Jawapannya ialah pilih kasut yang mempunyai tapak, tidak terlalu rata, dan tidak terlalu tinggi. Kasut dengan tapak setebal tiga hingga lima sentimeter  lebih mampu menampung lengkungan kaki anda dengan lebih baik.

Jadi, pilihan ditangan anda. Anda dinasihatkan untuk menukar kepada kasut yang sesuai supaya ianya tidak mendatangkan kesakitan pada badan anda di masa akan datang!- FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply