fbpx Skip to main content

Dari segi medikal, “Cubitan Hantu” ini disebabkan oleh salur darah pecah. Apabila salur darah pecah, kulit akan menjadi lebam. Keadaan ini terjadi adalah dimana sel darah merah terkeluar daripada saluran darah di permukaan kulit.

Apabila sel darah yang asalnya berwarna merah ini terkeluar, ia akan bertukar warna menjadi ungu apabila tidak mendapat oksigen.

Biasanya keadaan ini sering menimpa golongan wanita kerana saluran darah wanita lebih kecil dan kulit mereka lebih nipis berbanding lelaki. Namun ia tidak berbahaya dan boleh dipulih tanpa rawatan.

Ini kerana, lama-lama ia akan hilang dan warna ungu tadi beransur-ansur menjadi kehijau-hijauan dan beralih ke kuning lalu hilang.

Biasanya proses ini mengambil masa dua minggu dan rasa sakit mungkin hanya terasa satu atau dua hari selepas kecederaan berlaku.

Kes lain kesan sampingan lebam

Ada sesetengah kes, lebam juga boleh terjadi disebabkan kesan sampingan dalam pengambilan ubat yang mencairkan darah.

Ini merujuk pada kes lebam yang sering dialami pesakit jantung dan strok apabila mereka mengambil aspirin.

Selain dari ubat aspirin, ubat steroid juga boleh menyebabkan individu yang mengambilnya lebih mudah mendapat lebam kerana saluran darah pada kulit makin menipis.

Namun, apabila terjadi kes lebam yang luar biasa dan disusuli rasa sakit bagi tempoh lama,anda wajib pergi jumpa doktor untuk membuat saringan kesihatan.

Dalam keadaan sebegini, sangat penting untuk seseorang itu menjalani saringan kesihatan terutama kumpulan pesakit berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga mempunai penyakit hati atau kanser darah untuk pengesanan awal.

Keadaan yang terbaik untuk merawat adalah terapi sejuk iaitu dengan meletakkan pek ais pada kawasan tercedera dan kemudian berehat daripada melakukan aktiviti boleh menjejaskan proses pemulihan anggota berkenaan.- FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply