fbpx
Gambar 1 : Tahukah anda penting kekal sihat sepanjang musim panas?

Musim panas ekstrem sedang melanda Negara sejak akhir-akhir ini ketika umat Islam sedang menjalani ibadah berpuasa.

Tahukah anda musim panas yang melampau boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Oleh yang demikian orang ramai dinasihati supaya berjaga-jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Apakah peranan yang harus diambil oleh masyarakat untuk kekal sihat sepanjang musim panas? Ikuti penerangan dibawah untuk keterangan lanjut.

1. Elakkan aktiviti riadah

Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas terutama di waktu   puncak jam 11 pagi hingga 3 petang.

Elakkan juga tempat yang terbuka dan panas terik seperti taman permainan dan padang.

2. Minum air

Minum air dalam kuantiti banyak atau minimum 2.5 liter sehari. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi air seperti sup dan buah-buahan.

3. Pakai pakaian daripada kapas

Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas, kerana material itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.

4. Elakkan berjalan di permukaan panas

Elakkan berjalan atau melakukan aktiviti di atas permukaan yang panas seperti simen atau bitumen.

5. Elakkan ruang tertutup

Jangan berada di kawasan atau ruang tertutup mempunyai pengudaraan kurang baik dan bersuhu tinggi.

Penerangan yang diterangkan perlu diberi perhatian oleh masyarakat supaya kekal sihat sepanjang musim panas.

Penerangan yang diberikan juga boleh mencegah daripada terjadinya stroke haba.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#tahukahanda #musimpanas #kekalsihat #bulanramadan #panas #strokhaba #sihat #kesihatan #fasakering #fisioterapi #fisioterapikelantan #fisioterapiterengganu