fbpx
Gambar 1 : Tahukah Anda, Persekitaran Kerja Boleh Menjejaskan Kesihatan Fizikal Anda

Kajian mendedahkan pekerja yang duduk dalam tempoh masa yang lama tanpa melakukan pergerakan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Sama ada anda bekerja atau belajar, jangan abaikan untuk rehat seketika serta melakukan beberapa pergerakan anggota badan kerana ia sangat penting untuk menjaga tubuh badan anda.

Rutin pekerjaan yang memerlukan anda menghadap komputer seharian antara pembunuh utama yang memberi kesan jangka masa panjang.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

ANTARA KESAN JIKA DUDUK TERLALU LAMA

1) Sakit leher

Kesan yang pertama jika duduk terlalu lama akan menyebabkan sakit leher. Selalunya, sakit leher di pandang ringan dan tidak diambil serius kerana terlalu fokus kepada skrin komputer.

Oleh itu, akan menyebabkan leher menjadi kebas. Maka, untuk mengelakkan kesakitan leher berlaku, pastikan skrin computer perlu setara dengan tahap pandangan mata.

2) Tulang menjadi lemah

Menurut kajian, sekiranya anda tidak melakukan sebarang latihan fizikal ia mampu menambahkan jumlah air dalam tulang. Jika ia berlaku, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat seperti susu dan bayam.

Selain pemakanan, aktiviti fizikal mesti dilakukan untuk memastikan tulang anda dapat berfungsi dengan baik dan sihat.

3) Masalah obesiti

Berdasarkan kajian Exercise and Sport Science Reviews, duduk dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan badan anda menjadi ‘stor lemak’ kerana pembakar lemak enzim lipase lipoprotin akan menurun.

Maka, jalan yang terbaik adalah bangun dari kerusi dan melakukan beberapa pergerakan yang akan membantu pengaliran darah dengan baik.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#duduk_terlalu_lama #duduk_di_depan_laptop #sakit_leher #sakit_bahu #lenguh_leher #bekerja_lama #persekitaran_bekerja #gemuk #penat_bekerja #malas_bekerja