fbpx Skip to main content

Ikuti kisah Encik H yang telah menjalani rawatan fisioterapi di Flex Physiotherapy akibat tangan sengal disebabkan saraf terhimpit.

Encik H telah mengalami sakit tangan pada bahagian lengan hingga ke hujung jari telunjuk 3 minggu yang lepas . Rasanya sakit dan kebas. Sakit yang dialaminya telah mengganggu aktiviti seharian dan lama-kelamaan tangan rasa tidak kuat.

 

Encik H pernah mendapatkan rawatan bekam dan akupuntur. Sakitnya hilang sekejap dan selang beberapa hari, sakit ada kembali di tempat yang sama. Beliau juga makan supplement tapi sakit masih sama.

Kemudian, Encik H telah mendapatkan rawatan fisioterapi di Flex Physiotherapy Wakaf Che Yeh. Setelah 2 sesi, sakitnya makin berkurang dan terus buat rawatan susulan seperti yang disarankan oleh fisio yang bertugas. Selesai 4 sesi rawatan, Alhamdulillah sakit dan kebas di bahagian lengan telah sembuh. Buat kerja-kerja seharian kembali berkualiti dan cergas seperti dulu.

 


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply