fbpx Skip to main content
Masalah kebas sering mengganggu majoriti masyarakat di Malaysia. Ianya menjadi perkara biasa dan selalu dipandang remeh dan mereka hanya bertindak berjumpa doktor selepas mereka mengalami kebas yang teruk sehingga mengganggu aktiviti harian. 

Rasa kebas tersebut  terasa seperti tusukan jarum pada hujung jari dan lama kelamaan menjadi sakit dan tidak selesa dan akhiurnya tangan dan jari menjadi lemah.

Dari segi medical, kebas pada hujung jari dan pergelangan tangan ini terjadi disebabkan oleh masalah “CARPAL TUNNEL SYNDROME”.

APA ITU CARPAL TUNNEL SYNDROME

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan pada pergelangan tangan akibat saraf Median terhimpit. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan ini berlaku disebabkan mungkin adanya tekanan yang berpanjangan.

Tekanan yang berpanjangan ini disebabkan oleh kerja yang banyak menggunakan tangan dan dilakukan secara berulang seperti menaip, memegang telefon genggam, guru yang banyak menulis di papan hitam atau putih.

Gambar 2 : Sakit semasa melakukan aktiviti

APAKAH SIMPTOM SAKIT TANGAN (Carpal Tunnel Syndrome)

  • Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
  • Tidak selesa semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah
  • Kebas di kawasan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
  • Sukar untuk membuat pergerakan tangan.

FAKTOR MENYEBAB PENYAKIT SAKIT TAPAK TANGAN

  • Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas
  • Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan lagi ramai berbanding lelaki
  • Berat badan yang semakin meningkat
  • Mengandung
  • Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan
  • Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang
  • Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak

RAWATAN UNTUK SAKIT TAPAK TANGAN

  • Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan
  • Menjalani fisioterapi
  • Pembedahan : Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.

RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK SAKIT TAPAK TANGAN

1) Rawatan untuk kurangkan sakit

– terapi sejuk menggunakan icepack dan ultrasound.

Gambar 4 : Rawatan ultrasound

2) Senaman mobility

Gambar 5 : Senaman Mobility

3) Senaman regangan

Gambar 6 : Senaman Regangan

4) Senaman kekuatan

Gambar 7 : Senaman Kekuatan


Mahukan pemulihan untuk masalah kebas tangan yang pantas dan berkesan?

Dapatkan konsultasi PERCUMA masalah kebas tangan daripada Certified Physiotherapist kami.

Klik link sekarang, 100% berkesan utk masalah kebas tangan >>>>>  Hubungi Kami Sekarang

 

 

Leave a Reply