fbpx Skip to main content

Bagaimana caranya untuk meningkatkan kelajuan, keberkesanan dan keselesaan semasa anda berlari. Haaa kena la tengok teknik larian korang kan?

Jawapannya: Baiki postur & posisi tubuh anda.

Postur yang bagus semasa berlari juga mengurangkan stress pada tubuh anda serta mngurangkan risiko kecederaan.

Jom baca tips di bawah untuk mendapatkan teknik terbaik semasa berlari.


1. Pandang ke hadapan

Mata anda harus difokuskan sekitar 10-20 kaki di hadapan anda. Jangan memandang bahagian kaki. Ia juga cara yang lebih selamat kerana anda dapat melihat apa yang akan datang dan mengelak daripada terjatuh.

2. Elakkan menapak pada bahagian jari kaki atau tumit.

Untuk mengelak kecederaan & pembaziran tenaga, berpijak pada bahagian tengah kaki anda.

3. Pastikan Kaki anda Menuju Lurus Ke Hadapan

4. Tangan Berada di Pinggang Anda

Lengan anda perlu dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Kesilapan yang sering dilakukan ialah kita cenderung untuk membawa tangan ke paras dada, terutama apabila semakin letih. Ini sebenarnya akan membuat kita lebih letih. Malah, bahu dan leher juga akan merasa tegang & ketat.

Tangan Dalam Keadaan Rileks

Jangan genggam tangan dengan terlalu kuat. Ia akan membuatkan lengan, bahu & leher menjadi tegang.

Periksa postur anda

Kepala tegak, luruskan belakang, dan bahu anda. 


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply