PENCAPAIAN KAMI
19,959
PESAKIT DIRAWAT
45,799
SESI RAWATAN
5
TAHUN PENGALAMAN
21
STAF FISIOTERAPIS
SEPERTI TERSIAR DI
FLEX PHYSIOTHERAPY
Merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Tujuan asal penubuhan pusat fisioterapi di seluruh pantai timur adalah bagi memastikan rakyat di sini mendapat akses perkhidmatan fisioterapi dan pemulihan yang terbaik. Flex Physiotherapy dimiliki oleh En. Wan Muhamad Zahid bin Wan Zullkefli yang berdaftar dibawah SSM (KT0427207- X) dan Malaysia Physiotherapy Association (OM3247).
RAWATAN DAN KOLABORASI
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Flex Physiotherapy adalah seperti rawatan masalah Sakit Belakang / Slip Disc, Stroke / Angin Ahmar, Sakit Lutut / Tumit, Sakit Bahu / Tangan, Kebas Tangan, Kecederaan Sukan, Rawatan Kanak-Kanak Kurang Upaya dan sebagainya.
Flex Physiotherapy juga komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai panel kesihatan untuk syarikat-syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Disamping itu, syarikat- syarikat korporat/badan kerajaan seperti Toyota, Pos Malaysia, Bank Islam, Tabung Haji, Malaysia Airport Holdings Berhad, Polis Malaysia (IPD), Jabatan Pelajaran Negara (JPN) dan banyak lagi terus mempercayai servis serta kepakaran kami dengan menjemput pakar fisioterapi untuk Ceramah-ceramah kesihatan secara berkala.
DITUBUHKAN SEJAK 2018
Flex Physiotherapy memiliki 3 buah cawangan iaitu di Kelantan (Wakaf Che Yeh), Terengganu (Kuala Nerus) serta di Pahang (Jalan Bukit Ubi, Kuantan) dan memiliki Staff Fisioterapi seramai 21 orang kesemuanya.
Pusat fisioterapi kami telah beroperasi sejak 2018 dan kami amat berbesar hati menerima sambutan yang menggalakkan dari para pesakit. Purata kujungan pesakit adalah sebanyak 935 sesi setiap bulan.
KAMI TERUS MENJADI PILIHAN PARA PESAKIT HINGGA KINI KERANA:
VISI
Menjadi pusat rujukan berkaitan fisioterapi dan rehabilitasi serta pusat kecemerlangan terulung di dalam menyediakan servis fisioterapi komprehensif di peringkat global.
MISI
Untuk memberikan kepuasan pelanggan yang terbaik, sambil berusaha untuk menjadi sebuah pusat fisioterapi yang cemerlang. Kami akan mencapai matlamat ini melalui pembangunan sumber manusia, memperbaiki sistem dan memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan.