PENCAPAIAN KAMI

19,959

PESAKIT DIRAWAT

45,799

SESI RAWATAN

5

TAHUN PENGALAMAN

21

STAF FISIOTERAPIS

SEPERTI TERSIAR DI

FLEX PHYSIOTHERAPY

Merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Tujuan asal penubuhan pusat fisioterapi di seluruh pantai timur adalah bagi memastikan rakyat di sini mendapat akses perkhidmatan fisioterapi dan pemulihan yang terbaik. Flex Physiotherapy dimiliki oleh En. Wan Muhamad Zahid bin Wan Zullkefli yang berdaftar dibawah SSM (KT0427207- X)  dan Malaysia Physiotherapy Association (OM3247).

RAWATAN DAN KOLABORASI

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Flex Physiotherapy adalah seperti rawatan masalah Sakit Belakang / Slip Disc, Stroke / Angin Ahmar, Sakit Lutut / Tumit, Sakit Bahu / Tangan, Kebas Tangan, Kecederaan Sukan, Rawatan Kanak-Kanak Kurang Upaya dan sebagainya.

Flex Physiotherapy juga komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai panel kesihatan untuk syarikat-syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Disamping itu, syarikat- syarikat korporat/badan kerajaan seperti Toyota, Pos Malaysia, Bank Islam, Tabung Haji, Malaysia Airport Holdings Berhad, Polis Malaysia (IPD), Jabatan Pelajaran Negara (JPN) dan banyak lagi terus mempercayai servis serta kepakaran kami dengan menjemput pakar fisioterapi untuk Ceramah-ceramah kesihatan secara berkala.

DITUBUHKAN SEJAK 2018

Flex Physiotherapy memiliki 3 buah cawangan iaitu di Kelantan (Wakaf Che Yeh), Terengganu (Kuala Nerus) serta di Pahang (Indera Mahkota 5, Kuantan) dan memiliki Staff Fisioterapi seramai 21 orang kesemuanya.

Pusat fisioterapi kami telah beroperasi sejak 2018 dan kami amat berbesar hati menerima sambutan yang menggalakkan dari para pesakit. Purata kujungan pesakit adalah sebanyak 935 sesi setiap bulan.

KAMI TERUS MENJADI PILIHAN PARA PESAKIT HINGGA KINI KERANA:

1

Menjaga Privasi ketika rawatan dengan ketat (Fisioterapis perempuan merawat pesakit perempuan, Fisioterapis lelaki merawat pesakit lelaki)

2

Semua Fisioterapi berkelulusan Diploma/Ijazah dari Universiti Terkemuka Malaysia

3

Waktu Rawatan yang Fleksible (Anda pilih masa terbaik untuk hadir sesi Rawatan)

4

Rawatan Manual Terapi, Elekteroterapi dan Fasiliti Setaraf Hospital Pakar

5

Tiada Masa atau kenderaan ke Pusat Fisioterapi Kami? Biar fisioterapi kami terus ke rumah ANDA

VISI

Menjadi pusat rujukan berkaitan fisioterapi dan rehabilitasi serta pusat kecemerlangan terulung di dalam menyediakan servis fisioterapi komprehensif di peringkat global.

MISI

Untuk memberikan kepuasan pelanggan yang terbaik, sambil berusaha untuk menjadi sebuah pusat fisioterapi yang cemerlang. Kami akan mencapai matlamat ini melalui pembangunan sumber manusia, memperbaiki sistem dan memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan.