fbpx Skip to main content

Rasa sakit ini berkemungkinan berpunca daripada tendon, otot, saraf, capsul, bursa atau ligamen. Sakit di bahagian berkenaan juga boleh melibatkan bahagian kepala, muka dan bahu, malah menyebabkan kebas di tangan.

Perasan atau tidak, ramai orang suka membunyikan leher jika terasa tegang di kawasan berkenaan. Jangan lakukannya lagi kerana ia berbahaya.

Sakit leher boleh mengganggu pergerakan dan aktiviti harian anda, malah menyebabkan bahagian leher menjadi tegang dan terhad.

Faktor penyebab sakit tengkuk berasaskan :

  • postur yang tidak baik,
  • ketidakseimbangan otot,
  • kekurangan stabiliti otot tengkuk,
  • kecederaan whiplash

Cara-Cara Untuk Mengurangkan Sakit Leher?

 

1.Regangan – Lakukan secara relaks dengan menolak bahu ke hadapan dan belakang, kemudian tekan kedua-dua lengkungan bahu secara bergilir dari kiri ke kanan.

2. Pek sejuk dan panas – Dua cara ini boleh dilakukan secara bergilir-gilik. Pek sejuk memabntu mengurangkan radang di kawasan leher, manakala pek panas pula melancarkan peredaran darah di bahagian leher yang sakit.

3. Urutan – Dapatkan khidmat dari mereka yang pakar supaya sakit tidak bertambah teruk.

4. Tidur dengan Posisi yang Betul – Posisi tidur yang salah menjadi salah satu punca utama sakit leher. Oleh itu, pastikan tilam, bantal dan posisi tidur yang betul supaya leher anda tidak sakit.

5. Rawatan Fisioterapi – Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit tengkuk. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan kepala dan leher dengan lebih mudah.

Rawat Pemulihan Dengan Fisioterapi

Flex Physiotherapy menawarkan rawatan fisioterapi untuk melegakan sakit. Pelbagai jenis rawatan ditawarkan, termasuk terapi manual, senaman dan nasihat penjagaan.

Semua ahli fisioterapi di Flex Physiotherapy merupakan ahli terapi bertauliah dan berkelulusan dari universiti tempatan dalam bidang Fisioterapi.

Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan dari pakar yang diiktiraf.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply