fbpx Skip to main content

Pernah tak anda merasa sakit-sakit badan seperti kekejangan otot selepas bersenam? Adakah disebabkan tidak melakukan warm up dengan betul? Atau ada masalah lain?

Dalam bahasa medical, sakit badan selepas bersukan/bersenam ini dipanggil “Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS)”.

Apabila otot dirangsang untuk bekerja lebih keras daripada kebiasaan, atau dengan cara yang berbeza, ia boleh mengakibatkan kerosakan mikroskopik kepada sel-sel otot.

Lalu mengakibatkan kesakitan otot atau ketegangan.

Gambar 2 : Sakit otot

TANDA-TANDA KEKEJANGAN OTOT

1) Sakit otot/lenguh yang terjadi dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas melakukan senaman baru atau agak berat.

2) Sukar untuk menggerakkan sendi dan otot-otot yang terlibat.

3) Hilang kekuatan otot untuk jangka masa yang pendek.

4) Mungkin akan ada bengkak pada kumpulan otot-otot yang terlibat.

5) Terasa panas pada kawasan sekitar tempat yang sakit.

Gambar 3 : Bengkak bahagian otot

TEMPOH KEKEJANGAN OTOT UNTUK HILANG

Masalah kekejangan otot biasanya kekal antara tiga hingga lima hari. Kesakitan yang bermula dari tahap sederhana kepada teruk, biasanya mula dirasai satu atau dua hari selepas latihan.

Tetapi jangan khuatir, jenis kekejangan otot ini sebenarnya adalah normal, tidak kekal lama, dan ia menjadi penunjuk peningkatan kecergasan anda.

Gambar 4 : Minum air secukupnya

CARA UNTUK HILANGKAN KEKEJANGAN OTOT SELEPAS BERSENAM

1) Minum air secukupnya.

Dehidrasi adalah salah satu penghalang pemulihan otot. Untuk mengepam otot yang rosak, badan anda memerlukan cecair badan yang cukup.

Sentiasa minum air seteguk bagi setiap 15 hingga 20 minit semasa bersenam. Dengan langkah ini, kesakitan anda akan cepat beransur hilang.

2) Melakukan pemanasan badan (Warm up).

Ambil masa 10 hingga 15 minit untuk melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum bersenam dengan melakukan senaman yang mudah diikuti dengan aktiviti regangan. 

Pastikan anda benar-benar merasa pengaliran darah laju dan panas untuk memastikan anda mampu mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi daripada aliran darah ke dalam otot anda semasa berlatih. 

Otot juga perlu menjadi panas, terutamanya dalam cuaca sejuk, supaya otot lebih fleksibel untuk proses mengecut dan merenggang semasa senaman.

3) Melakukan penyejukan badan (cool down).

Pada penghujung latihan anda, anda harus memperlahankan senaman anda dan melakukan senaman renganga, dan bukannya berhenti secara mengejut. 

Cool down boleh membantu mencegah pengumpulan sisa cecair di dalam otot dan sendi dan mengelakkan sengal otot.

 Tambahan pula, cooling down 10 hingga 15 minit akan membantu anda mencapai pernafasan seperti biasa.

Gambar 5 : Letakkan ais pada tempat yang sakit

4) Letak ais pada tempat yang sakit.

Ais dapat mengurangkan bengkak dan mampu mengatasi rasa sakit akibat kekerangan otot tersebut.

5) Melakukan urutan pada kawasan kekejangan otot.

Mengurut otot sakit boleh membantu melepaskan ketegangan otot secara pasif. 

Ia juga membantu pengaliran darah ke kawasan itu dan menolak keluar sisa cecair dari otot, dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. – FP 


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply