fbpx

Gambar 1: Vertigo

Apakah Vertigo?

Vertigo ialah suatu keadaan di mana seseorang merasa tidak stabil seakan berpusing. Pesakit akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling kita berputar.

Vertigo berkemungkinan terjadi selama beberapa minit atau jam. Jika vertigo yang dialami cukup berat, ia berisiko membuat kepala pesakit menjadi ringan, gelap dan kemudian pengsan.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian telinga.

Gejala Vertigo

Selain kepala terasa berputar, simpton-simpton lain adalah seperti:

  • Loya – Mudah berasa loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Gambar 2: Loya dan Muntah
  • Penglihatan kabur – Penglihatan menjadi sulit untuk ocus ke satu titik, sehingga terjadinya sakit kepala.
Gambar 3: Penglihatan Kabur
  • Sukar berjalan – Keseimbangan yang terganggu, sehingga mata yang bergerak tidak dapat dikawal.
Gambar 4: Sukar Berjalan
  • Hilangnya pendengaran – kemampuan pendengaran berkurang pada telinga. Kondisi ini umumnya terjadi pada vertigo periferal, yang mana disebabkan oleh adanya gangguan pada organ tersebut.
Gambar 5: Hilang pendengaran

Punca-punca Vertigo

Terdapat 2 kategori kepada masalah ini iaitu:

•  Vertigo periferi: disebabkan oleh gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga masalah pada bahagian saraf yang menghantar maklumat ke otak.

Vertigo berpusat: disebabkan oleh kecederaan pada bahagian otak terutamanya bahagian brainstem atau cerebellum yang mengawal keseimbangan badan. Punca disebabkan oleh angin ahmar, tumor pada bahagian cerebellum, migrain dan multiple sclerosis (penyakit kronik yang menyerang sistem saraf pusat)

Apabila seseorang yang memiliki kebiasaan merokok dan mengambil minuman beralkohol mereka lebih cenderung mengalami vertigo

Apakah Fisioterapi mampu merawat vertigo?

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Rawatan adalah melibatkan latihan :

  • Habituation
  • Penyesuaian
  • Keseimbangan.
  • Gaya berjalan.
  • Kekuatan otot.
  • Fleksibiliti

Lain-lain rawatan adalah :

  • Teknik posisi canalith
  • Pencegahan dari jatuh
  • Pendidikan pesakit

Ahli fisioterapi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca-punca lain yang boleh menyebabkan pesakit  berasa pening/rasa berpusing dan bagaimana ia boleh dirawat.

Rawatan kecemasan

  • Tarik nafas jangan panik.
  • Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap waktu malam.
  • Cari tempat untuk duduk atau baring dan tunggu hingga gejala hilang.
  • Jangan pejam mata, fokus pada satu objek.
  • Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#sakit_kepala #sakit #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu #vertigo #kepala