fbpx Skip to main content

Pada tahun lepas, dalam perjalanan pulang ke rumah setelah pulang dari kerja, peristiwa hitam yang tak pernah saya lalui terjadi. Saya terlibat dengan kemalangan ngeri dan kaki saya patah. Kemalangan tersebut mencipta sejarah hitam dalam hidup saya.

Pengalaman tersebut tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. 

Saya telah dimasukkan ke dalam wad dan setelah beberapa hari tidak sedarkan diri, saya dikejutkan bahawa kaki saya telah patah. Saya terpaksa berada di wad dalam tempoh yang agak lama iaitu selama sebulan sebelum doktor membenarkan saya pulang berehat di rumah.

KAKI PATAH BERI TAMPARAN HEBAT

Kepatahan kaki yang dialami oleh saya menyukarkan saya untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian. Lebih malang lagi saya kehilangan punca rezeki utama untuk keluarga saya. Saya kehilangan kerja dan terpaksa bergantung kepada ahli keluarga.

Dengan azam dan semangat serta dorongan dari ahli keluarga, saya bangkit dan tidak mahu putus semangat untuk meneruskan kehidupan seperti sebelum ini. Saya berusaha untuk mendapatkan rawatan. Saya telah mencuba rawatan fisioterapi di Flex Physiotherapy.

Di Flex Physiotherapy, mereka menyediakan pelbagai rawatan yang sesuai dengan masalah saya. Antara rawatan yang diberikan adalah rawatan “range of motion”, senaman regangan dan juga senaman kekuatan

Alhamdulillah dengan izin Allah, daripada berjalan menggunakan tongkat dan selepas saya mengambil beberapa sesi rawatan kaki di Flex Physiotherapy, saya sudah ada kekuatan untuk bergerak dan rasa sakit semakin berkurang.

Terima kasih Flex Physiotherapy kerana membantu menyembuhkan kesakitan saya dan memberi harapan kepada saya untuk kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply