fbpx Skip to main content

Saya mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut sehingga doktor menyarankan saya untuk menjalani pembedahan lutut kerana risau sakit itu akan merebak ke bahagian lain pula.

Walaupun susah hati dengan cadangan doktor , namun saya terpaksa akur dan bersetuju untuk lutut dibedah bagi mengelakkan jangkitan serta kecederaan menjadi semakin serius. Alhamdulilah saya banyak mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekeliling untuk melakukan pembedahan ini.

Hanya mampu termenung tengok kawan-kawan main bola, kaki ni masih bergantung pada tongkat

Selepas beberapa bulan pembedahan, saya disarankan oleh doktor untuk mengikuti rawatan fisioterapi daripada fisio terlatih kerana bimbang jika lambat fisioterapi, otot2 lutut akan mengeras dan makin susah untuk bergerak.

Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk mencuba rawatan di Flex Physiotherapy. Pada awalnya, memang rasa sakit tempat yang ditekan. Tetapi lama-kelamaan sakit lutut saya semakin berkurang.

Kini, saya sudah tidak bimbang lagi untuk berjalan jauh dan melakukan aktiviti harian seperti biasa kerana lutut kaki saya sudah berasa selesa selepas rawatan beberapa kali.

Kenapa perlu rawatan fisioterapi

Pelbagai teknik yang fisioterapi di sini berikan. Ada yang guna tangan, ada juga yang guna elektrik. Setelah 3 sesi, saya dah boleh berdiri dan menggerakkan kaki. Baru saya tahu, inilah perasaan bila sakit yang kita alami berbulan-bulan dah tiada lagi. Alhamdulillah. Syukur.

Saya akan mengesyorkan kepada kawan-kawan dan saudara-mara saya tentang Flex Physiotherapy ni. Memang amat berkesan. Fisioterapi semua baik-baik.

Bukan sahaja memberi rawatan malah siap bagi tips penjagaan postur dan cara nak buat bila rasa sakit atau lenguh-lenguh badan. Fisioterapi juga sentiasa bertanyakan khabar dan follow-up di whatsapp masalah sakit serta perubahan yang kita alami sebelum dan selepas rawatan.

“Terima kasih Team Flex Physiotherapy kerana telah merawat kesakitan saya sehingga saya boleh berdiri dan berjalan dengan sendiri. Semoga terus maju dan para fisioterapi boleh merawat lagi pesakit-pesakit di luar sana”.- FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply