fbpx

#TESTIMONI_FLEX [Ingat Dengan Makan Ubat Saraf Boleh Hilang Kebas]

Puan M mengalami masalah tegang pada bahagian tangan serta kebas di hujung jari. Kebas tangan ni sangat mengganggu setiap kali nak buat kerja-kerja menaip di pejabat dan memasak. Beliau bekerja di bahagian pentadbiran di salah sebuah syarikat terkemuka. Jadi, memang setiap kerja memerlukan aktiviti menaip.

BIASANYA Kebas Pada 3 Jari Pertama

Kebas yang dialaminya menjadi semakin teruk apabila Puan M terus rasa seperti “semut-semut” di bahagian hujung-hujung jari apabila memandu kereta. Dah 11 bulan beliau mempunyai masalah seperti ini. Ubat yang doktor bagi pun dah habis berpapan-papan. Tapi, sakitnya tak hilang-hilang.

Suatu hari, Puan M cari di Facebook rawatan lain selain daripada makan ubat. Akhirnya, Puan M jumpa testimoni positif daripada pesakit yang dah pernah menerima rawatan di Facebook Page Flex Fisioterapi. Beliau terus hubungi admin Flex untuk menempah slot rawatan. Alhamdullillah rezeki Puan M dapat melakukan rawtan dengan segera sebab ada slot kosong pada sebelah petang.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

TERAPI Wax

Setelah menjalani rawatan intensif di Flex Fisioterapi Wakaf Che Yeh, kebas tangan serta masalah tegang yang mengganggu aktiviti harian Puan M hilang sekelip mata. Kini, beliau mengamalkan senaman-senaman yang diajar oleh fisioterapi untuk mengekalkan kekuatan otot tangan. Puan M dah tak perlu risau lagi bila nak memasak dalam kuantiti banyak pun tangan dah tak rasa tegang.

“Saya amat berterima kasih kepada fisioterapi dan seluruh warga Flex Physiotherapy kerana telah menyelesaikan masalah saya dengan rawatan yang sangat bagus.” ujar Puan M.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI