fbpx Skip to main content

Seorang pesakit datang ke pusat Flex Physiotherapy dan mengadu beliau mengalami masalah jari melekat dan susah untuk diluruskan.

Ceritanya bermula setahun yang lepas.  Puan S merasakan sakit pada tapak tangan dan kadangkala seperti ada simpulan serta bengkak kecil. Ia berlaku pada jari telunjuk tangan kanan.

Lama kelamaan, beberapa kali jarinya yang tersekat ketika bengkok dan susah untuk diluruskan. Puan S terpaksa menggunakan bantuan jari sebelah lagi untuk meluruskannya semula.

Beliau juga berasa sukar untuk menggerakkan atau menggenggam jarinya terutama pada waktu pagi.

SUKAR NAK BUAT KERJA KALAU ADA MASALAH JARI

Hal ini menyebabkan  nak melakukan semua tugasan dengan sempurna bermula dengan menyiapkan tugasan di pejabat, mengemas rumah, memasak, makan, menaip hinggalah melakukan perkara yang lebih kecil semuanya menjadi terganggu. Sampai satu tahap Puan S rasa tertekan dengan masalahnya. Mungkin orang lain nampak masalah tersebut remeh tapi “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”

Suatu hari, Puan S terbaca satu artikel berkaitan penyakitnya di Facebook Flex Physiotherapy. Puan S terus menelefon untuk bertanyakan berkenaan rawatan masalah beliau. Akhirnya, beliau menempah appointment pada keesokan pagi. Kedatangan beliau disambut manis oleh staff Flex Physiotherapy.

Selama satu jam rawatan, Puan S merasakan jarinya mempunyai perubahan. Nak buka tutup jari rasa lebih senang berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, setiap kali sesi rawatan, sedikit demi sedikit Puan S merasakan perubahan pada masalah yang dihadapinya.

Antara rawatan yang diterima oleh Puan S ialah, terapi lilin (wax therapy), urutan tangan, mobilisasi sendi tangan, ultrasound, senaman regangan dan kekuatan jari.

RAWATAN Lilin (Wax)
SENAMAN Kekuatan Tangan

Beliau bersyukur kerana jarinya tidak perlu dibedah. Hanya berterusan melakukan senaman yang diajar oleh fisioterapis.

Kini, Puan S dapat melakukan kerja hariannya tanpa ada gangguan lagi. Dah tak perlu fikir lagi kerja ni boleh buat ataupun tidak.

“Terima kasih saya ucapkan buat warga Flex Physiotherapy terutamanya fisioterapi yang merawat masalah saya.”

SENAMAN Regangan Tendon

 

 

Leave a Reply