fbpx

“SELESAI SATU RAWATAN, SAKIT BELAKANG SAYA DAH BERKURANG. SAYA DAH BOLEH RUKU’ NORMAL DALAM SOLAT.”

Ikuti kisah Puan H yang telah mendapatkan rawatan di Flex Physiotherapy untuk sakit belakang dan pinggang yang dialaminya.

 

Suatu petang tu saya mengangkat pasu bunga, tiba-tiba belakang dan pinggang saya terus rasa sakit sangat. Mungkin ianya disebabkan postur saya yang salah ketika mengangkat pasu bunga.

Sejak dari peristiwa tu saya tak boleh nak bongkokkan badan saya. Jadi ia membataskan pergerakan saya untuk mengerjakan solat secara normal. Saya tidak boleh nak ruku’ dalam solat.

Disebabkan sakit sangat yang berpanjangan, saya terpaksa berjalan bongkok. Jalan pun dah macam mak nenek je ni. Slow sangat sebab tak boleh nak tegakkan badan.

Kemudian, atas nasihat ahli keluarga, saya telah pergi mencuba rawatan di Flex Physiotherapy.

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini

Semasa rawatan, fisioterapi fokus melegakan otot2 di bahagian belakang dan pinggang saya. Saya juga telah mendapat nasihat dan konsultasi dari fisioterapi berkenaan penjagaan postur untuk tulang belakang.

Selepas rawatan, Alhamdulillah sakit belakang dan pinggang saya dah berkurang dan rasa lega sangat. Saya dah boleh ruku’ dalam solat. Saya juga dah mampu berjalan normal tanpa perlu bongkokkan badan apabila duduk dalam tempoh yang lama.

Latihan ringan yang diajar sangat membantu mengurangkan sakit belakang dan pinggang saya. Senang juga untuk saya amalkan di rumah.

Terima kasih Flex Physiotherapy.
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini