fbpx
Gambar 1: 4 tips legakan sakit belakang

Pernahkah anda rasa tidak selesa di bahagian belakang? Apabila sakit belakang menyerang, nak bergerak pun tak boleh kerana sakit. Jika ya, anda perlu dapatkan rawatan sakit belakang.

Sakit belakang adalah rasa sakit dan tidak selesa di bahagian belakang badan. Masalah ini sering tertumpu pada bahagian bawah belakang badan. Keadaan ini boleh membataskan pergerakan dan mengganggu aktiviti seharian anda.

Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan sakit belakang. Ini kerana rata-rata menyangka sakit belakang hanya boleh dirawat dengan ubat dan pembedahan.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Untuk makluman anda, terdapat cara rawatan lain tanpa ubat mahupun pembedahan untuk melegakan sakit belakang anda, antaranya:

Gambar 2: Yoga/senaman

1. Yoga/senaman

Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan pada tubuh badan. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Senaman dapat membantu mengurangkan kesakitan dan juga mengelakkan dari masalah berulang semula. Selain itu, ia juga mampu menguatkan kembali otot belakang

Gambar 3: Postur yang betul

2. Menjaga postur badan

Elakkan dari membongkok kerana ia memberi kesan buruk pada badan anda. Jika anda duduk terlalu lama, biasakan untuk bersandar dengan tegak.

Anda juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.

Gambar 4: Dapatkan tidur yang lena

3. Dapatkan tidur yang lena

Tidur yang lena dengan posisi yang betul adalah penting untuk menjaga kesihatan anda.

Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan anda kurang tidur dan sakit pada bahagian belakang.

Gambar 5: Rawatan fisioterapi

4.Rawatan fisioterapi

Melalui fisioterapi, rawatan akan diberikan untuk meredakan kesakitan. Antaranya seperti rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.

Fisioterapi juga akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan. Selain itu, mereka juga menunjukkan cara untuk memperbaiki cara hidup dan aktiviti seharian pesakit.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#tips #sakitbelakang #tidurterganggu #senaman #yoga #posturbadan #tulangbelakang #lenguh #sengal #fisioterapi #fisioterapikelantan #fisioterapiterengganu