fbpx Skip to main content

Tulang Yang Dah Patah Akan Sembuh Atau Tidak?

Apabila terjadinya impak pada tulang, tulang akan patah. Tulang yang patah akan melalui proses pemulihan. Tidak kiralah sama ada pesakit telah melalui prosedur pembedahan atau tidak.

Proses pemulihan merangkumi 3 fasa:

Fasa keradangan :

proses pemulihan tulang patah
Ia bermula sejurus selepas patah & boleh berlarutan selama beberapa hari. Apabila tulang patah, pendarahan akan berlaku di kawasan tersebut.

Inilah yang akan mengakibatkan keradangan dan pembekuan darah. Proses ini adalah penting untuk memastikan kestabilan struktur dalaman & membolehkan penghasilan sel-sel baru.

Fasa penghasilan sel-sel:

proses bagaimana tulang patah sembuh
Proses ini bermula hanya selepas gumpalan darah yang terbentuk, digantikan dengan tisu ‘fibrous’ & tulang rawan (soft callus).

Kemudian, tisu fibrous & tulang rawan ini digantikan pula dengan tulang yang lebih keras (hard callus). Perubahan fasa ini dapat dilihat melalui X-ray selepas beberapa minggu.

Fasa pembentukan semula :

proses healing tulang patah
Fasa ini merupakan proses terakhir dalam penyembuhan tulang yang patah & mengambil masa selama beberapa bulan.

Dalam fasa ‘remodelling’ ini, sel-sel tulang berterusan terbentuk dan menjadi semakin padat untuk mendapatkan struktur & bentuk asalnya. Selain itu, pengaliran darah juga akan bertambah lancar.

Aktiviti ‘weightbearing’ seperti berdiri atau berjalan akan membantu proses untuk fasa ini (rujuk doktor anda).

Tempoh Proses Pemulihan Bone Fracture

Tulang biasanya mengambil masa selama 6 – 12 minggu untuk sembuh, bergantung kepada individu & faktor-faktor terlibat.

kanak-kanak lebih cepat pulih berbanding orang dewasa. Doktor anda akan menentukan jika anda sudah boleh meletakkan beban pada anggota yang patah tersebut.

Jenis kepatahan, anggota yang terlibat (kaki/tangan), prosedur pembedahan turut menjadi factor penentu.

patah tulang

Faktor Pemulihan Fracture Tulang Yang Pantas

1-Diet & Nutrisi Makanan: Jika anda memerlukan pembedahan untuk kes tulang patah, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan sebelum & selepas prosedur untuk membantu proses pemulihan.

Doktor akan menasihatkan untuk mengamalkan diet & nutrisi pemakanan yang penting untuk pertumbuhan tulang.

2-Merokok & Pengambilan Gula: Selain itu, anda juga WAJIB menghentikan tabiat merokok & pengambilan gula yang berlebihan (pesakit diabetes). Ini kerana ia merupakan punca yang melambatkan proses pencantuman tulang anda.

3-Imobilisasi: Faktor ini adalah sangat penting dalam rawatan patah kerana sebarang pergerakan fragmen tulang akan melambatkan permulaan proses penyembuhan.

Peralatan yang digunakan untuk ‘memegang’ tulang anda & menghalang pergerakan adalah berbeza (skru, plat, wayar atau simen). Semasa tempoh imobilisasi ini, anda DILARANG untuk mengenakan beban pada anggota badan.

4-Fisioterapi: Apabila tulang anda sudah pulih sepenuhnya, sesi fisioterapi sangat penting untuk mendapatkan semula kekuatan otot & membantu anda kembali semula melakukan aktiviti harian.

Punca Yang Melambatkan Proses Penyembuhan Anda

1-Pergerakan fragmen; mengenakan beban pada anggota yang patah sebelum waktunya
2-Merokok. Ia akan menyempitkan saluran darah & memperlahankan aliran darah.
3-Penyakit. Contohnya, diabetes, masalah hormone atau penyakit vaskular.
4-Ubat-ubatan. Contohnya, corticosteroid atau ‘immunosuppressant’ lain.
5-Kepatahan tulang yang teruk atau dijangkiti kuman.
6-Usia yang sudah lanjut.
7-Nutrisi yang tidak mencukupi atau masalah metabolisma.
8-Kuantiti kalsium & vitamin D yang terlalu rendah.


Mahukan pemulihan untuk masalah patah tulang yang pantas dan berkesan?

Dapatkan konsultasi PERCUMA masalah patah tulang daripada Certified Physiotherapist kami.

Klik link sekarang, 100% berkesan utk masalah patah tulang >>>>>  Hubungi Kami Sekarang

Leave a Reply