Post kali ni nak berkongsi ilmu tentang urat bersimpul atau nama saintifiknya ialah varicose vein.
Anda pernah lihat tak sesetangah orang terutamanya wanita yang mempunyai URAT-URAT TIMBUL? DI BAHAGIAN KAKI? WARNA BIRU? KADANG-KADANG BERSIMPUL-SIMPUL?
ATAUPUN
anda sendiri yang mempunyai tanda-tanda di atas??
OHHH TIDAKKK !!
APA NI??
Okey. Bertenang. Tarik nafas dulu. Jangan terlalu risau. Sebab setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Sebelum kita mengetahui apakah rawatannya dan cara untuk menghindari penyakit ini, lebih elok jika kita memahami dulu serba sedikit tentang Urat Simpul (Varicose Vein) ini.
APA ITU VARICOSE VEIN?
Vein adalah salur darah yang membawa balik darah yang kurang beroksigen dari bahagian badan-badan lain ke jantung dan paru-paru.
Ia mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara terbalik.
VARICOSE VEIN berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini menyebabkan vein meregang dan kendur.
FAKTOR PENYEBAB VARICOSE VEIN
- Keturunan: Keadaan semulajadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena (vein).
- Umur: Mengikut kajian, vena varikos (varicose vein) kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca dari pelbagai sebab dalam kehidupan harian.
- Berdiri terlalu lama: Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera dan polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.
- Obesiti: perut yang buncit menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung dan kaki perlu menampung berat badan yang berlebihan.
- Kehamilan: Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan daripada hormon estrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.
- Trauma: kecederaan melibatkan vena, terutamanya di kaki.
- Darah beku dalam vena: Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
- Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuklah penyakit hati seperti cirrhosis, lemah jantung, air dalam perut (ascitis).
TANDA DAN SIMPTOM VARICOSE VEIN
Kebanyakan pengidap vena varikos tidak merasa sebarang masalah walaupun pada kaki mereka terdapat vena varikos. Tetatpi sebahagian mereka yang mengidap vena varikos mempunyai simptom berikut:
- Bengkak kaki
- Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat.
- Kerap terkena kejang otot.
- Rasa gatal di sekitar vena yang terlibat.
- Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
- Kudis di buku lali yang sukar baik.
KOMPLIKASI VARICOSE VEIN
Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan.
Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.
Keadaan ini akan mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan.
Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan produk racun yang tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah.
Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap merasa kekejangan otot dan gatal pada kulit.
Akibat aliran darah yang amat perlahan di bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferum) meresap ke tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman.
Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik.
Ulser ini tidak mudah disembuhkan jika masalah vena varikos tidak diatasi lebih dahulu.
SENAMAN RINGKAS
1.Berjalan
Berjalan adalah cara yang baik untuk menggalakkan peredaran darah di kaki anda. Gunakan tangga lebih baik dari menaiki lif/ escalator.
2. Pedaling
Baring di atas lantai,pastikan belakang anda rata. Angkat kaki dari lantai (seperti dlm gambar), dan pedal kedua2 kaki seolah-olah sedang mengayuh basikal.
3. Leg Lifts
Baring, angkat sebelah kaki (seperti dalam gambar) pada satu masa dan tahan posisi ini sehingga anda rasa darah mula mengalir semula dari kaki ke betis dan paha anda. Ulangi gerakan dengan kaki yang lain.
ATAU
Baring di atas lantai dengan punggung anda hampir menyentuh dinding. Rehatkan kedua-dua kaki anda seperti gambar di atas, dan berasa peredaran di kaki anda bertambah baik.
4.Knee bends with ankle flexion
Posisi seperti gambar di atas. sementara kaki diangkat, lakukan gerakan pada buku lali anda, gerakkan ke atas dan bawah. Ulang gerakan untuk kaki yang lain.
PENCEGAHAN
- baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior. Letakkan bantal di bawah kaki dan belakang.
- Elakkan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. setiap setengah jam gerakkan kaki semasa duduk atau berjalan sekejap untuk melancarkan peredaran darah.
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda duduk sepanjang hari, elakkan menyilang kaki. tinggikan kaki, guna bangku atau kotak.
- Pertambahan berat yang terlalu cepat dan banyak boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.
- Anda juga boleh memakai “pressure stocking” seperti gambar di bawah. Stokin dapat mengelakkan darah berkumpul di kaki.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.
Ini tentang urat kaki saya yang sedang sakit bengkak,,,mungkinkah beku.
Apa ada ubatnya
Jika cik ada masalah seperti ini, saya sarankan cik lakukan senaman2 ringkas untuk melancarkan pengaliran darah seperti berjalan/joging, lakukan pergerakan pergelangan kaki dan mengayuh basikal.
Terima kasih adlin..
Hai sy nak Ty Kaki isteri sy hadapi masalah urat kulit Kaki Dah jd hitam Dan Luka apekah ubat yg sesuai dgn penyakit ini