Kondisi tulang ekor (coccyx) sakit biasanya disebut dengan coccydynia. Coccydynia atau sakit tulang coccyx adalah kondisi apabila tulang coccyx radang akibat suatu rangsangan, dan hasil radang ini mengakibatkan sakit yang sangat mengganggu. Kebanyakan orang yang mengalami coccydynia merasakan rasa sakit yang seperti ditekan sesuatu dan kejang otot.
Tulang ekor sakit umumnya akan membuatkan anda merasa ada benda tertusuk tajam di tulang belakang bahagian bawah. Rasa sakit tertusuk tajam ini biasanya muncul ketika sedang duduk dalam waktu yang lama. Rasa sakit ini boleh merebak ke bahagian kaki.
Selain itu, rasa sakit ini juga boleh muncul ketika seseorang buang air besar, dan juga saat berhubungan seks. Untuk wanita, tulang coccyx sakit akibat coccydynia ini boleh menimbulkan rasa sangat tidak selesa selama masa haid.
Anatomi
Tulang coccyx merupakan salah satu organ yang ada di bahagian bawah ruas tulang belakang. Sebagian besar orang menganggap bahawa bahagian ini tidaklah penting. Bahkan setiap satunya mempunyai fungsi masing-masing.
Namun seiring berkembangnya zaman dan teknologi semakin canggih, fungsi dari tulang coccyx mula tersebar. Tulang coccyx adalah titik pertemuan dari otot-otot kecil dan menyokong beberapa tulang di bahagian panggul. Tanpa adanya tulang ini manusia tidak akan boleh duduk dengan selesa.
Penyebab
Disebut juga coccydynia atau coccygodynia dapat disebabkan banyak perkara dari yang ringan hingga teruk, seperti :
- Duduk terlalu lama pada permukaan yang keras
- Proses melahirkan anak
- Perubahan sendi degeneratif
- Trauma akibat jatuh (jatuh terduduk)
- Berat badan berlebihan
- Postur tubuh yang kurang tepat.
Rawatan Fisioterapi
Fisioterapi akan memberikan senaman khusus untuk menghilangkan rasa sakit tulang coccyx. Selain itu, fisioterapi juga menggunakan elektroterapi seperti infrared ataupun hot pack untuk mengurangkan rasa sakit.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.