“Aduuhh, sakitnya bahu ni. Nak angkat tangan pun tak boleh, sakit sangat” Haaa kenapa boleh jadi macam ni? Adakah mengalami masalah Frozen Shoulder?
Frozen Shoulder Boleh Jadi Kronik Ke?
Masalah ini dipanggil bahu kaku atau dalam bahasa medikalnya ‘Frozen Shoulder’
Jom sama-sama kita lihat info di bawah 👇👇👇
Senaman 1
Senaman Shoulder Flexion
Pesakit berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan.
Kemudian, tangan ke depan dada dan mengangkat tongkat tersebut sampai atas kepala.
Pastikan siku pesakit lurus untuk mengelakkan rasa sakit di bahu.
Senaman 2
Senaman Shoulder Extension
Pesakit berdri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan di belakang badan.
Gerakkan tongkat tersebut menjauh dari badan.
Pastikan siku penghidap lurus.
Senaman 3
Senaman Abduction
Pesakit berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, menolak lengan yang sakit ke luar dan ke atas.
Senaman 4
Senaman External Rotation
Pesakit berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan.
Kemudian, bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan siku berada rapat dengan badan pesakit.
Menolak lengan yang sakit ke sisi badan menggunakan tongkat tersebut.
Senaman 5
Senaman Internal Rotation
Pesakit berdiri tegak dan memegang batang/tuala di belakang badan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Lengan tidak sakit akan berada di atas manakala lengan yang sakit berada di bawah.
Kemudian, tarik lengan yang sakit ke atas dengan menggunakan tenaga lengan yang tidak sakit.
Elakkan sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap limitasi gerakan bahu.
Dapatkan nasihat berkenaan senaman regangan dan kekuatan yang bersesuaian dari Ahli Fisioterapi untuk masalah Frozen Shoulder.
Frozen Shoulder & Perkaitan Dengan Fisioterapi
Baca Info ini: Faktor Risiko Frozen Shoulder, Rawatan Fisioterapi ke atas ‘Frozen Shoulder’